Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi terutamanya kepada bayi pra-matang. Namun begitu tidak sedikit para ibu menghadapi masalah kekurangan susu. Saya di antara mereka yang menghadapi masalah ini. Walaupun begitu saya bersyukur kehadrat Ilahi kerani masalah ini tidaklah terlalu serius bagi saya setakat ini sejak melahirkan Zuhair Alhasani pada 18 Mei 2009. Setakat ini Zuhair masih diberikan susu ibu walaupun semasa di wad nicu dia pernah diberikan susu formula.
Kenapa Zuhair diberikan susu formula? Secara pasti saya tidak tahu berapa kali dia diberikan susu formula. Saya hanya tahu dia diberi susu formula pada 8.6.2009, itupun setelah bertanyakan doktor. Jawapan doktor: dia diberitahu jururawat bahawa susu EBM (Express Breast Milk) saya habis/tiada dalam peti sejuk di wad tersebut.
Terkilan...memang saya terkilan pada waktu itu kerana seboleh mungkin saya tidak mahu bayi pramatang saya itu diberikan susu formula. Lebih terkilan lagi saya tidak diberitahu awal2 bahawa mereka akan berikan dia susu formula. Dan lebih terkilan, sebenarnya stok EBM saya masih ada dalam peti sejuk (saya sendiri periksa peti sejuk pada 9.6.2009 dan mendapati stok susu masih ada iaitu susu yang bertarikh 27& 28 Mei 2009).
Maafkan….terpaksa maafkan kealpaan dan kesilapan jururawat bertugas pada hari itu. Mungkin mereka terlalu sibuk sehingga tidak sempat periksa EBM betul2. Apapun, demi kebaikan bayi saya dan bayi2 yang lain saya telah berkomunikasi dengan ketua jururawatnya tentang kejadian tersebut.
Kemudian pada 9.6.2009, perut Zuhair kembung, lantas doktor membuat keputusan mem"puasakan" dia daripada minum susu ibu selama 5hari. Dalam tempoh tersebut, dia diberikan multivitamin LMN dan beberapa jenis Lipid (doktor bagitahu kalau swasta RM1000 lebih kosnya). Selepas tempoh "pantang"nya, dia diberikan susu ibu secara beransur-ansur dari segi kuantitinya.
Bagaimana bayi pramatang diberikan susu di wad NICU? semasa di dalam incubator (hampir sebulan bagi kes Zuhair), dia diberikan susu melalui tiub. Tiub kecil itu dimasukkan dari mulut si kecil sehingga ke dalam perutnya. Kiranya susu yang diberikan terus masuk kedalam perut.Dari segi kuantiti pula, doktor akan menaikkan bacaan ML (mili liter) dari hari kehari bergantung kepada proses penghadaman bayi. Dari segi tempoh masa, biasanya 2jam sekali. Seingat saya kuantiti susu yang diberikan kepada Zuhair setiap 2jam ialah 3ml yang terawal dan yang terakhir 17ml.
Setelah hampir sebulan di dalam incubator dan keadaannya stabil, dia diturunkan dari incubator dan dimasukkan ke "baby cot". Walaupun begitu dia masih bergantung kepada mesin "Warmer" untuk menstabilkan suhu badan dan mesin bacaan untuk oksigen dan jantung (maaf tak tahu nama mesin2 tersebut). Semasa dalam "baby cot" inilah saya mula mengajar baby Zuhair menyusu badan. Ada ketika dia masih perlukan tiub untuk penyusuan, dan ada ketika jururawat akan memberikannya melalui picagari setiap 3jam.Susah juga dalam 2hari pertama (yelah selama ni kan susu terus masuk kedalam perutnya), tapi hari kedua dan ketiga dia dah semakin pandai. Tapi jangan terkejut!!dalam tempoh 4harini beratnya menurun sikit.Sebabnya….baby gunakan tenaga untuk menyusu, jadi turunlah sikit berat badan.
Hari kelima dan seterusnya (selama 8hari) saya bermastautin diwad bersama baby. Selama ini jururawat yang uruskan penyusuan, tukar pampers dan sebagainya; kali ini saya perlu uruskan baby Zuhair. Tetapi tugas2 jururawat masih banyak: periksa suhu badan bayi, tukar set pelapik tidur bayi, periksa paras glukosa, periksa paras oksigen dan degupan jantung, mandikan bayi dll…(banyak tau tugas doktor dan jururawat)
Alhamdulillah, akhirnya hari ke-8 bersama Zuhair, beratnya mencapai 1.8kg (paras berat untuk bayi dibenarkan pulang jika keadaan stabil seperti tiada masalah "demam kuning", suhu badan ok, tiada masalah pernafasan, mata, telinga dll)