Tidak dapat dinafikan kedapatan segelintir para ibu menghadapi masalah berkaitan "breast feeding" seperti masalah susu tak keluar, kekurangan susu dan bengkak susu. Lantaran, pelbagai ikhtiar perlu difikirkan dan dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.
Bagi masalah kekurangan susu, rata-rata para ibu yang menghadapi masalah ini kebanyakanya bukanlah mempunyai fizikal yang kurus. Malahan adakalanya mereka yang kurus inilah mampu mengepam sebanyak 2-3 botol susu setiap 3-4 jam sekali.Apabila ditanya apakah petuanya?Jawapanya minum milo!
Minum milo adalah sekian di antara petua-petua yang saya dapati diamalkan oleh ramai ibu yang mendapat "new born".Antara petua lain ialah makan bayam,lobak putih, susu (spt Anmum), minum banyak air suam, habbatussauda', halba dan sebagainya.
Ada juga pil tambahkan susu. Dalam kes saya, selain pil Homeopathy, saya juga ambil pil alopathy iaitu pil matidom@matilium (brand name, nama sebenar pilnya Demporidone). Demporidone 10mg yang perlu ditelan 2kali sehari. Sebenarnya pil ni ada kontroversi juga (boleh lihat dalam Wikipedia). Dari segi keberkesanan untuk saya biasa saja; mungkin kerana saya tidak mengikut dos yang disyorkan. Saya juga telah berikan sepapan pil ini untuk seorang doktor yang telah melahirkan anak pramatang juga. Simpati sungguh saya kerana susu badannya benar2 kurang ketika itu. Setelah beberapa hari ambil pil tersebut, saya lihat susu yang dipamnya tidak banyak berbeza kuantitinya berbanding sebelum itu (tidak pasti sekarang macamana kerana bayinya masih di dalam incubator).
Selain itu pendekatan psikologi adalah antara nasihat yang selalu diterima para ibu; jangan stress, fikir positif, bayangkan baby semasa pam susu dan sebagainya.
Semuanya perlu dilalui oleh para ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu. Ikhtiar itu penting, selebihnya kita bertawakkal sambil berdoa agar Allah memudahkan kita.
Ya Allah mudahkanlah urusan kami; para ibu untuk menyusukan anak dengan susu dari badan yang telah Engkau ciptakan, sebagaimana yang telah Engkau nyatakan dalam firmanMu dalam Surah Al-Baqarah. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar rintihan hamba yang memerlukan bantuan dan pertolongan.