Islamic Widget

PEMBACA

Monday, July 6, 2009

Analogi mudah perbezaan mazhab

Tidak sedikit yang keliru dan bingung memikirkan tentang perbezaan mazhab (samada dalam fikah atau akidah) dalam Islam. Soalan berkaitan sebenarnya sudah lama dilontarkan.

Teringat saya ketika saya mengajar "Sciences of Hadith" beberapa pelajar melontarkan pertanyaan:" Ustazah, mengapa kita ada macam-macam mazhab?Kalau satu mazhab kan mudah. Lagipun, sumber kita sama; Quran dan Hadis.Kenapa berbeza-beza?"

Jawap saya:Saya bagi analogi yang paling mudah untuk difahami. Baik,sekarang Ustazah nak tanya, kenapa dalam "assignment" kamu berbeza-beza antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain sedangkan sumber kamu sama kan?Bukankah ustazah minta kamu analisis soalan-soalan peperiksaan dari tahun 2000-2008; analisa mengikut bab-bab dan jawab 3 soalan yang paling banyak berulang. Tapi kenapa analisa kamu berbeza?Malahan setiap kumpulan menjawab 3soalan berulang yang berbeza. Sepatutnya semua kumpulan jawapanya sama kan?
Kesimpulannya, pendekatan atau metodologi kamu dalam menganalisis maklumat yang ada berbeza dan tahap kefahaman serta pemikiran pun berbeza.Jadi natijahnya pasti tak sama.
Berbalik kita kepada soal perbezaan mazhab. Memang sumber ilmu dan perundangan agama Islam yang utama adalah Quran dan Hadis, tetapi metodologi yang diguna pakai oleh ulama dalam memahami teks tersebut seperti Imam Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali dan lain-lain mereka berbeza-beza. Jadi timbullah perbezaan mazhab.

Jawab pelajar2: Yelah ustazah, sekarang dah faham.

Saya: Ustazah ada jawapan lain.Tapi cukuplah analogi mudah dan huraian ringkas buat masa ini.

Pelajar: Terimakasih Ustazah.

Saya: Sama-sama

1 comment:

Ezzu Raza said...

Assalamualaikum,
Mungkin secara kebetulan nama blog saudara hampir sama dengan blog saya.Yang bezanya adalah tanda (-) sahaja.
http://ezzumar.blogspot.com
InsyaAllah mungkin kita bole dapat berkongsi ilmu, pandangan dan cetusan idea sesama kita.
Wallahualam.