Islamic Widget

PEMBACA

Friday, November 27, 2009

AYAT-AYAT ALLAH: TAFSIR SURAH AT-TARIQ

Surah At-Tariq (The Night-Comer)

(Yang Muncul di Waktu Malam)

Surah Makiyyah:17 Ayat

Diturunkan sesudah Surah Al-Balad


Munasabah Antara Surah

1) Dengan Surah Sebelum: Surah Al-Buruj

-Kedua-dua surah dimulakan dengan menyebut langit

- Dalam Surah Al-Buruj disebutkan bahawa Al-Quran itu dijaga dan dipelihara oleh Allah daripada sesuatu yang merosakkannya, manakala Surah At-Tariq menerangkan bahawa AlQuran adalah pemisah antara hak dan batil.

2) Dengan Surah Selepas:Surah Al-'Ala

- Surah At-Tariq diterangkan tentang penciptaan manusia dan diisyaratkan tentang penciptaan tumbuh-tumbuhan

- Manakala dalam Surah Al-'Ala diterangkan bahawa Allah menciptakan alam dengan ukuran-ukuran tertentu.

TAFSIRAN AYAT 1-4

وَالسَّمَاءِ وَالطَّارِقِ (1)Demi langit dan demi yang muncul diwaktu malam

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الطَّارِقُ (2)Tahukah engkau apakah yang muncul diwaktu malam itu?

النَّجْمُ الثَّاقِبُ (3)Itulah bintang terang yang menembusi kegelapan malam

إِنْ كُلُّ نَفْسٍ لَمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ (4)Tiada suatu jiwa melainkan diawasi penjaganya

Ayat pertama surah ini dimulakan dengan sumpah Allah dengan langit dan "TARIQ". Tariq bermaksud yang muncul diwaktu malam iaitu bintang. Bintang biasanya hilang diwaktu siang dan muncul diwaktu malam. Erti "Tariq" telah dinyatakan didalam ayat ke3 sebagai bintang terang yang menembusi kegelapan malam setelah ditanya pada ayat ke2. Al-Quran tidak memperincikan jenis bintang ini, justeru ia boleh diaplikasikan kepada segala jenis bintang. Sufiyan Ibn Uyainah menyatakan bahawa di dalam Al-Quran jika disebut " وَمَا أَدْرَاكَ" Rasul diberitahu tentangnya, manakala jika disebut "ما يدريك" Rasul tidak diberitahu tentangnya seperti dalam ayat { وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ الساعة قَرِيبٌ } [ الشورى : 17 ]. Ayat ke4 merupakan subjek kepada objek yang digunakan dalam sumpah Allah tadi.Ayat ke4 terdapat satu penegasan bahawa tiada suatu jiwa pun melainkan ada penjaga yang mengawasi, memerhati dan memeliharanya. Disini tidak dinyatakan siapa yang dimaksudkan dengan "hafiz" itu. Para ahli Tafsir berbeza pendapat dalam menyatakan maksud "hafiz" itu kepada dua pendapat iaitu pertama Allah dan kedua malaikat.

Apakah yang diawasi oleh penjaga itu? Pendapat pertama menyatakan yang diawasi oleh penjaga itu ialah segala amalan yang direkodkan oleh malaikat. Pendapat kedua menyatakan yang diawasi oleh penjaga itu ialah amalan, rezeki dan ajal. Pendapat ketiga:musibah, kecelakaan dan kemalangan yang tidak berlaku melainkan dengan taqdir ketentuan Allah. Pendapat keempat:Menjaga jiwa hingga kekubur.

TAFSIR AYAT 5-7

فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ مِمَّ خُلِقَ (5)

خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ (6)

يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ (7)

Manusia hendaklah melihat asal kejadian dan penciptaaannya. Manusia diciptakan dari air mani yang memancut keluar antara tulang sulbi(lelaki) dan tulang dada(perempuan). Jika kita menganalisa surah ini dengan teliti, kita dapati ayat diatas tidak menyebut "lelaki" atau "perempuan". Justeru ia boleh membawa maksud air itu keluar dari seluruh badan yang boleh difahami melalui organ utama dari depan dan belakang.

TAFSIR AYAT 8-10

إِنَّهُ عَلَى رَجْعِهِ لَقَادِرٌ (8)

يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ (9)

فَمَا لَهُ مِنْ قُوَّةٍ وَلَا نَاصِرٍ (10)

Tuhan yang mencipta dan memelihara manusia juga berkuasa menghidupkan kembali manusia selepas mati atau memulihkannya hidup kembali selepas reput dan hancur. Pada hari kebangkitan semula, hati manusia akan diperiksa dan terdedahlah segala rahsia hatinya. Dan ketika itu tidak ada sebarang kekuatan dan penolong.

TAFSIR AYAT 11-14

وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الرَّجْعِ (11)

وَالْأَرْضِ ذَاتِ الصَّدْعِ (12)

إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْلٌ (13) وَمَا هُوَ بِالْهَزْلِ (14)

TAFSIR AYAT 15-17

إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًا (15) وَأَكِيدُ كَيْدًا (16) فَمَهِّلِ الْكَافِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًا (17)

Rujukan:

Maariful Quran

Fi zilal Al-Quran

Terjemahan AlQuran

Tafsir Mafatih AlGhaib

Thursday, November 26, 2009

Jangan Taksub

Lucu juga mendengar luahan seorang pensyarah senior yang sama jabatan dengan saya tentang segelintir pelajar beliau yang mempersoalkan kredibiliti ulama-ulama.

"Ada seorang pelajar saya tanya saya; "kenapa Dr banyak guna sumber rujukan dari Ibn Hajar Asqalani? Bukan ke dia 'Asyairah?". Manakala yang seorang lagi berkata;" Syeikh Al-Qardawi tidak bermazhab, kenapa kita ikut dia?". Luah beliau menceritakan soalan-soalan berkaitan ulama-ulama yang ditujukan oleh pelajar2 kepada beliau.

"Saya pun bagitau mereka belajar dulu. Ni belajar Ulum Hadis (Pengenalan Ilmu Hadis) pun belum habis lagi dah komen macam2." Ujar beliau.

"Yang saya nampak, perkara utama ialah jangan taksub! Taksub memang bawa padah. Sampaikan Kahar mengaku jadi Nabi pun ramai juga pengikut. Kerana taksub la tu...".Sambung beliau.

"Macam orang yang taksub kat Dr.Asri lah ye Dr?" Seloroh saya kerana tahu beliau adalah rakan baik Dr.MAZA yang seangkatan dengan beliau sewaktu PHD.

"Saya dulu masa degree selalu ikut kuliyah dan ceramah DR.Asri, tapi sekarang tak lagi." Sambung saya.

"OOO...jadinya dulu taksub kat dia. La ni dah tak taksub lah yer?". Balas beliau.

"Taklah Dr. Tak taksub pun. Saya ni semua kuliyah dan ceramah aliran apa pun saya pergi. Lepas tu buat la analisa sendiri." Ujar saya.

"Bagus, bagus, dengar semua. Pergi semua. Saya dulu pun macam tu juga. Jangan taksub mana-mana.".

Saya hanya mendengar celoteh beliau seterusnya.....

ITU HANYALAH SEBAHAGIAN SENARIO SEPUTAR LARANGAN "JANGAN TAKSUB".

BERIKUT JUGA SENARIO SEPUTAR LARANGAN "JANGAN TAKSUB". SENARIO INI SAYA DAPATI DARIPADA KOMEN YANG DIBERIKAN DALAM POSTING KOMEN SAYA TERHADAP KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH PEMBACA LAMAN WEB UZAR.

KOMEN PERTAMA TERHADAP JAWAPAN SAYA.

TAJUK: nak ty sket
KOMEN:saya suka mdgr ulasan dr org agama mcm pn zunaidah. Tp sy kurang fhm ulasan sedari ttg Hal Keempat:

Katanya: Apakah tidak cukup/lengkap ajaran yang di sampaikan Nabi Muhammad SAW sehingga perlu penambahan2 dan perbezaan2 ini?
Ulasan sedari menyatakan ada perbezaan pendapat. Mmg ada perbezaan. tp bukankah itu dalam hal2 yg ada dalil, cth ada yg mbaca fatihah ketika imam mbaca scr jahar, ada yg tidak membaca. Dua2 mempunyai dalil. Takde masalah le kita ikut pendapat Imam Syafie. Tapi bgmn dgn amalan2 yg sememangnya TIDAK ADA DALIL cth membuat kenduri arwah dan membaca doa beramai2 lepas solat, sapu muka slps salam dsb. Kita tak boleh samakan dgn cth mbc fatihah di belakang imam tadi. Ini isu berbeza.TIADA DALIL. Saya hairan kenapa lulusan2 agama university tdk pernah mbacakan kpd org awam hadis yg begitu penting dlm hal ini iaitu,
"Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan dari perintah kami (Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya) maka amalan itu tertolak". [H/R Muslim]. Adakah kerana ia tdk selari dgn mereka maka hadis ini disembunyikan?


ULASAN UZAR : muhammad, isu-isu tahlil, sapu muka dan lain2 yang sdr sebut tu semuanya ada dalil..cuma dalilnya diperbincangkan madlul dan thubutnya di kalangan ulama.


kalau wanita jadi imam solat jumaat, yg itu confirmed tak dalil umum atau khusus.



ULASAN TERHADAP KOMEN PERTAMA YANG DILONTARKAN OLEH MUHAMMAD.
TAJUK: Ntah la...
KOMEN: Jelas sgt Muhammad tu x mengkaji...dek kerana tksub, dituduh semua tak berdalil...hmm...ntah la...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
BENAR KITA TIDAK PERLU TAKSUB. TUGAS KITA IALAH MENGAJI, MENGKAJI, BERFIKIR, DAN MINTA ALLAH PANDU KITA KEJALAN YANG SEBENAR. BUKAN JALAN YANG DIMURKAI ALLAH, TIDAK PULA JALAN ORANG YANG SESAT. SEBAGAI ORANG MUDA, HENDAKLAH KITA BANYAK2 BERSABAR DALAM MENUNTUT ILMU. TIDAK GOPOH DALAM MEMBUAT PENILAIAN. TIDAK GAPAH DALAM BERALIRAN.

SUNNAH VS SIRAH

HAIRAN JUGA DENGAN JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR SESETENGAH PELAJAR YANG KELIRU UNTUK MEMBEZAKAN ANTARA SUNNAH DAN SIRAH.

Zuhair 4/6 Bulan

Pada 18.11.2009 genap umur Zuhair 4 bulan. 4Bulan umur sebenar dan 6bulan umur lahir. Beratnya pula 5.6kg pada 16.11.2009. Mungkin hari ini 26/11 sehari sebelum raya Haji/Korban beratnya sudah mencecah 6kg.

Alhamdulillah, Zuhair sudah boleh meniarap. Menunjukkan dia mempunyai perkembangan bayi normal walaupun dilahirkan ketika masih 29 minggu dalam kandungan. Sebenarnya dia sudah pandai membalikkan dirinya sendiri pada 20.11.2009.

Dia memang semakin lasak dan aktif tapi manja. Masih mahu tidur bersama ummi. kalau ummi bangun, dia juga pasti terjaga. Pendek kata 24jam masih perlu bersama. Namun senyum dan ketawa serta sembang-sembangnya pengubat kepenatan. Dia suka jika kita berbicara dan melayannya setiap masa. Biasalah .....seperti bayi-bayi lain juga.

satu tabiatnya yang masih tidak berubah ialah ketidakmahuannya pada botol susu. Masuklah air masak ke, susu ke ape ke, dia akan mengamuk. Dia hanya nak susu badan. Ummi dah tak tahu nak buat macamana. Macamana nak buat PHD nanti. 1 Disember ummi dah mula cuti belajar. Moga-moga Tuhan mudahkan. Amin.

Thursday, November 19, 2009

Berkat 100 Ayat Surah Al-Baqarah

Pada suatu ketika di tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda, iaitu pada tahun 2003, selepas mengerjakan solat zohor di masjid UIAM yang tersergam indah itu, saya dan rakan2 dikejutkan dengan keadaan seorang kakak senior yang berhempas-pulas melawan kesakitan.

Dalam keadaan berbaring dengan keadaan perutnya memboyot seperti orang mengandung, apa yang saya fikirkan ketika itu adalah tentunya dia sedang menahan kesakitan untuk melahirkan anak. Dengan ditenteramkan oleh beberapa rakannya dan dikerumuni oleh beberapa pelajar untuk melihat apa yang terjadi, suasana menjadi bertambah cemas apabila kakak itu meraung-raung kesakitan sambil cuba membaca beberapa potong ayat Al-Quran.

Saya dan Ju menghampiri kerumunan itu untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. Seorang kakak meminta kami yang melihat kakak yang terbaring itu untuk membacakan ayat-ayat Al-Quran sementara menunggu bantuan "air syifa'/penawar" daripada seorang Ustaz.

Lalu saya bertanya Ju:"Macamana ye Ju, kelas Islam and Psychology kita sudah hampir ni..., kesian pula tengok kakak ni." Ujar saya sambil melihat jam yang sudah menghampiri 2.00ptg. "Takpela Zu, kita ponteng kelas kalini, tolong kakak ni. Kalau lecturer tahu nanti kita ceritakan apa yg terjadi". Jawab Ju. "ok", balas saya. Lantas kami mengambil naskhah Al-Quran untuk membaca 100 ayat pertama sebagaimana yang diarahkan olek seorang kakak senior. Kelihatan beberapa orang pelajar yg mengerumuni kakak pesakit tadi beredar mungkin untuk ke kelas.

"Baca ayat pertama hingga 100 dari Surah Al-Baqarah, jika pesakit ok, boleh berhenti. Jika keadaan masih tak berubah ulang semula bacaan selepas tamat 100 ayat". Pesan kakak senior itu sambil bergegas untuk menunaikan solat Zohor.

Saya dan Ju serta 2-3 orang yang lain memulakan bacaan bersama-sama. Selepas beberapa ayat, kakak pesakit tadi meracau-racau dalam bahasa Siam. Namun dalam keadaan itu, dia masih berusaha melawan keadaan dengan membaca ayat2 Al-Quran. Semakin banyak ayat yang kami baca, semakit kuat racau kakak itu. Memang dia tidak sedar apa yang terjadi. Apa yang pasti, kami melihat dengan mata sendiri, perutnya yang memboyot seperti mengandung seorang bayi sudah kelihatan kembang-kempis. Terkejut saya dibuatnya! Apakan tidak, kerana sebelum ini menyangka dia mahu beranak.

Selepas lebih separuh 100 ayat pertama Surah Al-Baqarah dibaca, kakak tadi mula sedar. Perutnya yang kembang-kempis sudah kempis sama sekali...seperti biasa. Belum sempat kami menghabiskan 100 ayat, dia sudah boleh bangun dan bercakap dengan baik. Kemudian dia pergi berwuduk dan solat.

Alhamdulillah...berkat ayat-ayatMu Ya Allah, Engkau telah menyembuhkan derita kakak itu.

#Kejadian ini berlaku di bulan Ramadhan.

Wednesday, November 18, 2009

JALAN MEREKA YANG MENUJU ALLAH

KITAB "MUKHTASAR MINHAJ AL-QASIDIN' OLEH IMAM AHMAD BIN QADAMAH AL-MAQDISI DALAM BAHASA ARAB TELAH DITERJEMAHKAN KE BAHASA MELAYU ADALAH BUKU YANG BAGUS SEKALI UNTUK PEDOMAN DALAM KEHIDUPAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT.

MENGGABUNGKAN JILID 1 DAN 2, TERBITAN BERSAMA RANGKAIAN BERKAT DAN PUSTAKA SALAM. CETAKAN YANG ADA PADA SAYA IALAH CETAKAN PERTAMA SEPTEMBER 2005. KITAB SETEBL 815 MUKASURAT TELAH DITAHQIQ (DISEMAK)) DAN DITAKHRIJ (DIKELUARKAN HADIS2 DARI SUMBERNYA BESERTA HUKUMNYA) OLEH ABU AL-HARITH ALI BIN HASAN BIN ALI.

BUKU INI SEBENARNYA RINGKASAN KEPADA KITAB "MINHAJ AL-QASIDIN" KARANGAN SYEIKH JAMALUDIN BIN AL-JAUZI. DAN IA DIRINGKASKAN OLEH IBN QUDAMAH AL-MAQDISI ALHANBALI; JUSTERU TAJUKNYA MENJADI "MUKHTASAR MINHAJ AL-QASIDIN" KERANA IA ADALAH RINGKASAN KITAB YG PERTAMA TADI. DENGAN OLAHAN PENGARANG YANG TIDAK TERIKAT DENGAN GAYA BAHASA AL-JAUZI, PENGARANG TELAH MENGETENGAHKAN BUKU INI KEPADA MASYARAKAT KERANA ATAS KEPENTINGAN DAN KESEDARAN HEBATNYA DAN MANFAATNYA BUKU TERSEBUT.

BUKU MINHAJ AL-QASIDIN BOLEH DIKATAKAN DICERNAKAN RENTETAN DARIPADA WUJUDNYA KITAB "IHYA' ULUMUDDIN" KARANGAN AL-GHAZALI. OLEH KERANA AL-JAUZI MENYEDARI PENTINGNYA BAGI KITA UNTUK MEMPUNYAI "SEBUAH TEMAN" BUAT BEKAL DAN PENYULUH KEHIDUPAN YANG BERSUMBERKAN NAS-NAS ALQURAN DAN SUMBER-SUMBER LAIN YANG BERSIH DARIPADA KECACATAN SEPERTI YANG TERDAPAT DALAM "IHYA' ULUMUDDIN', MAKA LAHIRLAH KITAB "MINHAJ ALQASIDIN".

AL-JAUZI TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK RELA KECACATAN YANG ADA DALAM IHYA' ULUMUDDIN" KARANGAN AL-GHAZALI SEPERTI KEWUJUDAN HADIS-HADIS PALSU DAN LEMAH/DOIF MENJADI SANDARAN. AL-JAUZI MAHU YANG MENJADI SANTAPAN DAN TATAPAN BUAT BEKALAN DAN PEDOMAN PENUNTUT KEBENARAN ADALAH NAS-NAS ALQURAN, SABDA JUNJUNGAN DAN KALAM PILIHAN. LANTAS DIBINCANGKAN TENTANG APA YANG PERLU DIBETULKAN DALAM "IHYA'" ITU DI DALAM BUKUNYA YANG LAIN YANG BERJUDUL "TALBISU IBLIS".

TIDAKLAH BERMAKNA SEMUA YANG ADA DALAM "IHYA'" YANG BERJILID-JILID ITU SALAH. ADA YANG BENAR, ADA YANG SALAH. AL-GHAZALI HANYA MENGAMBIL SEMUA HADIS YANG SAMPAI KEPADANYA, BUKANNYA BELIAU YANG MEREKA-REKA. INSAN TIDAK ADA YANG SEMPURNA. HANYA ALLAH JUA YANG SEMPURNA DAN BERSIH DARI SEBARANG CACAT-CELA.

KESIMPULAN SALASILAH KETIGA-TIGA BUKU INI IALAH; BUKU "MINHAJ" ADALAH RUMUSAN BUKU "IHYA', MANAKALA BUKU "MUKHTASAR" PULA ADALAH RINGKASAN BUKU "MINHAJ" (MUKHTASAR RINGKASAN BUKU MINHAJ RUMUSAN BUKU IHYA').

MARILAH KITA MENAMBAHKAN ILMU DAN AMAL DENGAN MEMBACA BUKU INI. IA IBARAT MINUM PATI JUS YANG LAZAT DAN ENAK SERTA MUDAH DIHADAM.

CIRIT SELEPAS SEMBELIT

Setiap bulan berjumpa doktor untuk merawat Zuhair sudah menjadi kemestiam. Selepas mengalami masalah sembelit, kini dia mengalami masalah cirit. Punca sebenar masalah ini tidak diketahui. Boleh jadi kerana minum sebotol susu pramatang "MamexGold" sehari sebelum cirit-birit. Boleh jadi kerana aspek kebersihan. Boleh jadi kerana perubahan cuaca atau umur...

Enam hari cirit dan setiap hari hampir 5kali. Semalam kami membawa Zuhair berjumpa Dr.Shanti di Poliklinik Aman, doktor meminta saya agar tidak minum sebarang "milk-based product"(dairy products). Doktor hanya memberikan 3 paket "garam" untuk membantu menangani masalah dehidrasi. Namun setelah memberinya garam itu yang telah dibancuh bersama air suam sebanyak 100ml, ternyata Zuhair hanya menghisap seteguk-dua sahaja. Dia memang tak tahu atau tak mahu hisap botol.

Soalnya kenapa saya perlu puasa susu? Sedangkan para doktor dan wanita-wanita lain selalu mengesyorkan saya minum susu banyak untuk tambah susu badan. Soalan lazim yang ditanya apabila saya memberitahu saya mengalami masalah kurang susu ialah:"Awak minum susu tak?".
Kini, Dr. Shanti memberikan jawapan bahawa dia tiada petua apa2 untuk diberikan untuk saya memperbanyakkan susu badan. Tak perlu minum susu, tak perlu makan pil....Yang penting baby hisap susu badan dan proses stimulasi penting dalam penghasilan susu. Namun apakan daya, hampir 16jam sehari saya bertempek denga Zuhair yang selalu menghisap susu. Sudah tentulah berlaku proses stimulasi tetapi kuantiti susu tetap sama.

Ya Allah, andai ini ujian buatku, kurniakan aku kekuatan untuk menghadapinya dengan penuh kesabaran dan keinsafan .Ternyata apa yang berlaku dengan IzinMu jua...Ya Rabb

Monday, November 16, 2009

Leasehold vs Freehold

Leasehold or freehold?
Leasehold or freehold?
Leasehold or freehold?
If you want to buy a house you must know these terms,
You must clearly differentiate between these two status.

Leasehold,
Cheaper...
Its tenure usually 99years...
Probably suitable for only 3 generations....

Freehold,
More expensive...
But....its yours...
Long life.....
Much more durable than leasehold...
No worry anymore...

Surely I will choose freehold.....
How about you?

Money???Does not a matter,
We can find money,
Everyone can find money,
Morning, Evening...money...money
That is our thinking,
Work for money,

Yaa....I find many people talk about money,
Think about money,
Work for money,
Sacrifice for money,
Even pray is lesser important than money,
For many people....

Many people want to buy a freehold house,
that is why they struggle for money,
Few people care about hereafter,
Which is a real freehold destinaty.

Don't we believe that....
Life in the hereafter is permanent and eternal??
Heaven has been fully furnished with everything?

Let us ponder on lessons of wisdom,
In the Scripts of Prophet Musa:
.................
I AM SURPRISED AT THE PERSON WHO BELIEVE THAT HE WILL CERTAINLY DIE,
AND YET HE IS LIVES HAPPILY.
I AM SURPRISED AT THE PERSON WHO BELIEVES IN DIVINE DESTINY,
AND YET HE IS DESPONDENT AND AGGRIEVED.
I AM SURPRISED AT THE PERSON WHO BELIEVES IN THE RECKONING OF THE HEREAFTER,
AND YET HE ABANDONS GOOD DEEDS.
..................
OO ALLAH,
I BELIEVE YOUR SAYING IS TRUE,
WHEN YOU SAY THAT...
"WHILE THE HEREAFTER IS MUCH BETTER AND MUCH MORE DURABLE "
(CHAPTER 87: VERSE 17)
PLEASE LET ME BE ONE OF THE MEMBERS OF...
A FREEHOLD HEAVEN....






Sunday, November 15, 2009

ANDAI AKU MATI

MATI ITU PASTI
SETIAP SAKIT ADA UBATNYA KECUALI MATI

Ya, Mati itu sakit
Sakit Sakaratulmaut
Nabi sendiri merasainya
Lantas menyebut"Ummati, Ummati"

Aku ingin mati seperti....
Matinya Nabi, Sahabat-Sahabat dan Wali-Wali
Mereka tidak meninggalkan harta
Tapi nama mereka harum diseluruh dunia
Kerana khazanah ilmu yang mereka wariskan

Buat sesiapa yang mengenali diri ini
Ampun maaf kupinta
Di atas segala dosa
Andai aku mati, izikan aku pergi dengan damai abadi....

Buat suami dan anak-anak
Kirimkan doa buat ummi
Buat kaum keluarga tercinta
Ziarahilah saya ditanah pusara

Sekali lagi...maafkan saya, dan halalkan segalanya....

DR.BAHAUDDIN DALAM KENANGAN

Allahyarham Dr.Bahauddin berasal dari Iraq adalah pensyarah saya sewaktu B.A dan M.A. Apabila saya memandang wajahnya terasa seolah-olah saya memandang wajah arwah datuk saya kerana wajah persis serupa. Arwah datuk mempunyai hidung yang tinggi seperti Allahyarham Dr. Bahauddin Tetapi hidung saya tidak pula seperti hidung datuk....
Ketika MA, saya belajar Tafsir. Nama pelajarannya Qiraah Nassiyyah fi Tafsir (Textual Reading in Tafsir) dalam Bahasa Arab. Saya membuat tugasan tentang Tafsir Ahkam Al-Quran oleh Al-Jassas.
Sewaktu di jabatan, Dr menegur saya katanya:"Saya sudah tengok tugasan kamu. Saya harapkan kamu tidak berikan kepada pelajar lain melihatnya supaya mereka tidak meniru apa yang kamu buat."
Selang beberapa hari, seorang rakan saya meminta izin untuk melihat tugasan saya. Serba salah dibuatnya. Dia amat berhajat untuk melihat tugasan saya sebagai sampel. Lagipun tajuknya tentang tafsir lain. Dalam keberatan mengingatkan pesan pensyarah, saya memberikan tugasan saya sebagai sampel buatnya.
Seingat saya, saya orang ketiga atau kelima yang membentangkan tugasan saya dalam kelas. Orang-orang sebelum saya membentangkan tugasan dengan membuka salinan yang ada pada mereka. Tiba giliran saya, Dr meminta agar saya tidak membuka salinan yang ada, untuk praktis katanya kerana saya staf jabatan yang sama dengan Dr. Terpaksalah saya cuba sedaya upaya tidak melihat salinan itu...walaupun sesekali lihat juga...almaklumah, ingat-ingat lupa tugasan yang memuatkan 62 mukasurat itu.
Jasa Dr akan saya kenang sampai bila-bila...Doa Dr buat saya akan saya ingat selalu...moga Dr bahagia di alam sana...Moga Dr tergolong dalam mereka yang mendapat syurga firdausNya...Amin...Al-Fatihah buat Allahyarham Dr.Bahauddin Ahmad...

BERDAKWAH: FARDHU AIN ATAU FARDHU KIFAYAH

ANTARA KENANGAN YANG TAK DAPAT SAYA LUPAKAN SEMASA BELAJAR B.A DAHULU KETIKA SAYA BELAJAR METHOD OF DAKWAH DALAM BAHASA ARAB. PENSYARAH YANG BERNAMA AZIZ BERGHOUT (PROF.DR) ADALAH ANTARA PENSYARAH YANG SAYA SUKAI.
ORANGNYA LAJU DALAM SEGALA HAL...LAJU JALANNYA, LAJU CAKAPNYA, LAJU PERGERAKANNYA, LAJU FIKIRANNYA....PENDEK KATA BIJAK. BIJAK DALAM PERGAULAN, BIJAK DALAM MENGAJAR, BIJAK MENARIK PERHATIAN AUDIEN. MUKANYA PULA SENTIASA BERSERI-SERI.
PADA SUATU HARI, KAMI BELAJAR TENTANG HUKUM BERDAKWAH. SEBELUM ITU PROF MENERANGKAN MAKNA FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH. KEMUDIAN PROF MENGAJUKAN KAMI SOALAN:" JADI, APAKAH HUKUM BERDAKWAH, FARDHU AIN ATAU FARDHU KIFAYAH"; SELEPAS BELIAU MENGARAHKAN KAMI MENUTUP BUKU TEKS YANG KARANGAN BELIAU SENDIRI.
SETIAP PELAJAR DITANYA SOALAN TADI. ADA YANG MENGATAKAN FARDHU AIN, ADA YANG MENGATAKAN FARDHU KIFAYAH. HANYA SAYA SEORANG SAHAJA YANG MENJAWAB "KILAHUMA, DR"(KEDUA-DUANYA DR).
LANTAS DR MEMBUAT GAYA SUPAYA KAMI LEBIH FAHAM . FARDHU AIN DENGAN GAYA BERDIRI, MANAKALA FARDHU KIFAYAH DENGAN GAYA DUDUK. JADI JAWAPAN SAYA GAYANYA MENCANGKUNG (PERTENGAHAN ANTARA BERDIRI DAN DUDUK). SATU KELAS KETAWA. SAYA TIDAK RASA APA-APA KERANA YAKIN DENGAN JAWAPAN SAYA. SETELAH SEMUA ORANG DISOAL, PROF MENUJU KE ARAH SAYA DAN BERKATA:"JAWAPAN DIA BETUL".
LEGA HATI SAYA...KALAU SALAH, MALU JUGA.SEBAB JAWAPAN SAYA SAHAJA LAIN DARIPADA YANG LAIN.
SEHINGGA KINI SAYA WAJIBKAN DIRI SAYA UNTUK BERDAKWAH KERANA IA ADALAH FARDHU AIN WALAUPUN PADA KEADAAN TERTENTU IANYA FARDHU KIFAYAH.

IBN HAZM: HIS SCHOLARSHIP

At the beginning, Ibn Hazm was a follower of Maliki since it was the dominant Madhab in Andalus at that time. Then he seems to be more attracted to Syafi`i Madhab because of Shafi`i`s feature that emphasizes on the texts and relies more on the Quran and Sunnah in drawing judgments. Later, Ibn Hazm left the Shafi`i and paid his attention to the school of Zahiri.[1] It was Mas`ud Ibn Suleiman (d. 429 AH), one of his teachers, who, perhaps, influenced his mind to incline towards Zahiri.[2] The latest was not a staunch follower of any former Madhab but favorable to the literal meaning in interpreting the texts. He opposed the allegorical interpretation of religious texts, preferring instead a grammatical and syntactical interpretation of the Qur'an. He granted cognitive legitimacy only to revelation and sensation and considered deductive reasoning insufficient in legal and religious matters. He did much to revitalize the Zahiri madhhab, which denied the legitimacy of legal rulings based upon qiyas (analogy) and focused upon the literal meanings of legal injunctions in the Qur'an and hadith. Many of his rulings differed from those of his Zahiri predecessors, and consequently Ibn Hazm's followers are sometimes described as comprising a distinct madhhab.[3] Another reason why he took the Zahiri School was to give respect to the texts for Ibn Hazm might have believed that the problems and the calamities that fell on his community were due to their disrespect for the Texts. Had the people respected the Texts in all their affairs, Andalusia would not have experienced political confusion.[4]

Ibn Hazm also has many followers and students, the famous among them were MuÍammad ibn Abi Nasr FutËh al-Azdi al-Humaidi al-AndalËsi (d.488H), Abu al-QÉsim Sa‘Êd ibn AÍmad al-Andalusi(d.463H), and Abu MuÍammad ÑAbd Allad ibn MuÍammad ibn al-ÑArabi.[5] He had a large number of the followers, who identified themselves with him, and were consequently called al-Hazmiyyah.[6]

Being a prolific writer, Ibn Hazm wrote many books on various disciplines, Logic, Psychology, Medicine, Ethic, Politics, Jurisprudence, and various topic of the Qur’Én and Sunnah. For example, in Psychology he wrote Tawq al-Hamamah (The Ring of the Dove) and KitÉb al-´AkhlÉq wa al-Siyar (The Book of Character and Behaviour). In Fiqh, he wrote the famous Al-IÍkam fi UÎul al-Ahkam (Judgement on the Principles of Ahkam).

His magnificent works are tantamount to what had been acquired by al Tabari. Luckily, we have acquaintance with some of his valuable works though many of them do not come down to us. It was said that Mu`tadad Ibn Ubbad, who reigned from 439-464 AH, ordered that his books should be burnt to ashes.
[1] Ibid.
[2] MaÍmËd ÑAlÊ ×imÉyah, Ibn ×azm wa Manhajuhu fÊ Dirasat al-AdyÉn (al-QÉhirah: DÉr al-MaÑÉrif, 1st edition, 1983), 48.
[3] http//wikipedia…..
[4]
[5] MaÍmËd ÑAlÊ ×imÉyah, Ibn ×azm wa Manhajuhu fÊ Dirasat al-AdyÉn (al-QÉhirah: DÉr al-MaÑÉrif, 1st edition, 1983), 47-48.
[6] [6] Ibn Hazm's al-Risalah al-Bahirah.4

IBN HAZM: HIS LIFE

The full name of the author of the book was Abu Muhammad Ali ibn. Ahmad ibn. Saad ibn. Hazm. Although his surname or kunyah was Abu Muhammad, he is well known as Ibn Hazm being attributed to his great grandfather’s name. He was born before sunrise in the last day of the month of Ramadhan in the eastern part of Cordova in 384H/994CE, and his date of death, as mentioned by his student, Said al Jayyani, is on 28th Sha’ban 456H/August 1064CE.[1] He was possibly of Iranian descent; other sources suggest that he came from a family of former Mozarabs and that his great-grandfather had converted from Christianity to Islam.[2]

At the time of Ibn Hazm's birth, his father, Abu ‘Amr Ahmad ibn Sa‘ad was minister to Hisham al-Mu’ayyad in the powerful cabinet of al-Mansur Muhammad ibn Abi 'Amir. Thus, Ibn Hazm came to be brought up in the midst of easy and pampered harem household, characteristised by the medieval Islamic etiquette. His early education and training were entrusted to women[3]. On reaching adolescence, he studied various disciplines i.e the Qur’an, Hadith, Arabic language and grammar, and the Kalam (al-Kalam wa al-Jadal) from many eminent scholars. Among his teachers are Abu Muhammad ar-RahËni ‘Abd Allah ibn Yusuf ibn Nami in Quran, ‘Abd RahmÉn ibn AbÊ YazÊd al-AzdÊ al-MiÎrÊ in KalÉm (al-KalÉm wa al-Jadal)[4], AÍmad ibn al-JassËr and AbË Bakr Muhammad Ibn IsÍÉq al-HamdhÉni in ×adÊth, ‘Abd Allah ibn DaÍÍËn, Ibn al-FarÉdi, and Abu al-KhiyÉr Mas‘Ëd Ibn Muflit in Fiqh, and Muhammad Ibn al-×assan al-MadhÍajÊ well known as Ibn al-KattÉni in logic and philosophy.[5]
From the death of the grand vizier al-Muzaffar in 1008 the Caliphate of Cordoba became embroiled in a civil that lasted until 1031 resulting in its collapse and the emergence of many smaller states called the Taifa's Ibn Hazm's father died in 1012 and Ibn Hazm continued to support the Umayyads, for which he was frequently imprisoned. By 1031 Ibn Hazm retreated to his family estate and Manta Lisham and had begun to express his activist convictions in the literary form.[6] He knew clearly the consequent effect of the crisis prevailing over his time and, hence, took painstaking to remind society of the grave result of religious abuse by writing a religious history of mankind. Here, he centered his analysis of worldviews, ideologies, and religious traditions on rational, historical, and critical grounds. He felt that confusion about the true religion might bring about extreme religious persecution and always in the position of requesting for the re-establishment of the abolished Khilafah as well.
He served as a minister in the government multiple times, under different caliphs. He used to serve under the Umayyad Caliphs of Córdoba, and was known to have worked under Al-Mansur Ibn Abi Aamir, Hajib (Grand Vizier) to the last of the Ummayad caliphs, Hisham III.
The Khilafah of Umayyad in Andalus declined and fell in 392 – 424AH / 1002-1031 CE. In consequence of this tragedy, the Islamic Empire in Andalus succumbed to the Christian power with the fall of Granada lastly in 897 AH / 1492 CE and the Muslims wholly were evacuated from Andalus in 1018 AH / 1609 CE.
[1] Aasi, 43, 45.
[2] Muslim Perception of Other Religions, A Historical Survey. Edited by Jacques Waardenburg.25.
[3] He said in his Ùawq al-HamÉmah (The Ring of the Dove):" I never sat with men until I was already a youth and my beard had begun to sprout. Women taught me the Holy Quran. They recited to me the poetry, trained me in calligraphy”. Aasi, 45.
[4] Ibid.46.
[5] Abu Zahrah, Muhammad, Ibn Hazm: Hayatuhu wa Asruhu, Arauhu wa Fiqhuh (Cairo: Dar al-Fikr al-Arabi,1954) 33-34. See also MaÍmËd ÑAlÊ ×imÉyah, Ibn ×azm wa Manhajuhu fÊ Dirasat al-AdyÉn (al-QÉhirah: DÉr al-MaÑÉrif, 1st edition, 1983), 47-48.
[6] Wikipedia…

IBN HAZM

INTRODUCTION

Abu Muhammad Ali ibn. Ahmad ibn. Saad ibn. Hazm or very well known as Ibn Hazm was a great Muslim scholar that gave a major contribution concerning the study of other religions particularly Judaism and Christianity, in addition with other Asian religions. World know him as the "seeker of truth", because he had always emphasized on the aim to achieve truth in studying those religions beside his critical and logical argument and methodology in his writing Kitab al-Fasl Fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal. In fact, his study on other religions other than Islam centered and focused extensively on their textual analysis of their scriptures. This research paper will examine his contribution to the study on the basic Christians doctrines as well as their scriptures in above-mentioned book accordingly to his methodology used in presenting his idea. Nevertheless, the researcher will firstly present a brief biography of the author as well as a brief remark on his book.

Saturday, November 14, 2009

APA SALAHNYA JADI WAHABI?

APA SALAHNYA JADI WAHABI
KATA SEORANG PAK MENTERI
KITA PERGI HAJI DI ARAB SAUDI
NEGARA BERFAHAMAN WAHABI

APA ITU WAHABI
APA ITU SALAFI
KENA KAJI SENDIRI
ATAU TANYA PAK MUFTI

KIBLAT KITA DI ARAB SAUDI
APA SALAHNYA BERFAHAMAN SALAFI
BID'AH DAN KHURAFAT PASTI DIHINDARI
TAK PERLU FAHAM PERBEZAAN MAZHAB LAGI

BAGUS JUGA JADI MACAM ARAB SAUDI
WANITA TAK BOLEH PANDU SENDIRI
PAKAI PURDAH SUDAHLAH MESTI
ARAK DAN ROKOK HARAM SAMA SEKALI

BIAR MALAYSIA JADI SAUDARA SAUDI
DARIPADA SAUDI BERSAUDARA AMERIKA
BAHASA ARAB KITA KUASAI
ATAS AGAMA KITA BERSAUDARA

KALAU KITA JADI MACAM SAUDI
AKHLAK MEREKA PASTI KITA AMALKAN
UNDANG-UNDANG MEREKA KITA TURUTI
SATU MALAYSIA BERAGAMA ISLAM

NAMUN APA DAH JADI NEGARA SAUDI
ADA UNIVERSITI TERCANGGIH SEKALI
LELAKI PEREMPUAN BEBAS MACAM DISINI
SEHINGGA ADA ULAMA DIBUANG UNIVERSITI

APA SALAHNYA BERFAHAMAN SALAFI MACAM SAUDI......

Thursday, November 12, 2009

HURU-HARA BESAR 2012???

Saya mendapat satu emel dari kawan saya, seorang pensyarah UITM yang meminta agar saya menyemak status hadis tentang HURU-HARA BESAR. Emelnya begini.....


Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni). Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011

Ramadan: July 20 - August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

JAWAPAN SAYA SETELAH MENYEMAK STATUS HADIS INI ADALAH .....................

Wednesday, November 11, 2009

SIFAT SOLAT NABI

Suatu ketika di masa belajar Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu, saya pernah hadir ke kuliyah yang dikendalikan oleh seorang ustaz yang ketika itu merupakan seorang pelajar Sarjana (MA).
Ustaz tersebut menyampaikan kuliyah tentang solat Nabi dengan menggunakan kitab "sifat solat Nabi" yang sering digunapakai oleh mereka yang sealiran dengannya. Kitab tersebut adalah karangan Syeikh Nasiruddin Al-Albani.
Ketika mendengar kuliyah tersebut, saya berpuas hati kitab tersebut mengemukakan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis. Namun ada sedikit rasa kekeliruan dan tidak puas hati apabila saya bandingkan solat saya yang telah dan sedang saya lakukan menurut mazhab Syafie sejak kecil itu ternyata sedikit-sebanyak berbeza dengan apa yang dibincangkan dalam buku/kitab tersebut.
Namun setelah berbincang dengan kawan (suaminya juga ustaz) dan pensyarah saya orang Arab Syria(bapa beliau ulama syria dalam bidang feqah), (beliau sendiri lulusan bidang hadis dari Universiti Madinah) saya berpuas hati dan yakin solat saya selama ini sah.
Analogi yang diberikan oleh pensyarah saya untuk memahami isu ini amat mudah.
Katanya: "Apa judul buku itu?".
"Sifat solat Nabi" jawab saya.
"Siapa pengarang atau penyusunnya?" tanya beliau lagi.
Jawab saya: "Syeikh Nasiruddin Al-Albani".
Kemudian sambung beliau: "Baiklah, kalau saya yang karang buku itu dengan judul yang sama, dan diletakkan nama pengarangnya dibuku itu DIKARANG OLEH DR.FATHIDDIN BEYANOUNI, yang mana satu buku yang enti nak pilih. Kedua-dua buku tajuknya sama, tetapi pengarang dan isi berbeza. Yang mana satu betul?"
"Ermmm...tak pasti Dr."Jawab saya.
Dr.Fathiddin kemudian berkata:"Apa yang saya nak sampaikan adalah walaupun buku itu judulnya "SIFAT SOLAT NABI", tidak semestinya itulah sahaja bentuk sebenar solat Nabi. Tidak semestinya itu sahaja dalil-dalil daripada hadis yang ada berkaitan dengan solat. Hanya Sahabat yang melihat Nabi, manakala generasi selepas itu hinggalah kita hari ini tiada siapapun melihat Nabi. Menisbahkan sifat solat Nabi berdasarkan hadis-hadis yang disusun dan diulas oleh pengarang itu adalah berdasarkan kajian pengarang tersebut. Mungkin ada dalil-dalil lain yang tidak diulas olehnya." ujarnya memberi ulasan agar saya faham kenapa ada perbezaan dalam bab solat di antara mazhab2 yang sedia ada (Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali).
>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Kini, setelah belajar MA saya lebih tahu membuat penilaian ilmiah. Setelah melalui proses pembelajaran, saya rasa banyak lagi yang saya perlu belajar dan tahu dan tidak menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh penceramah-penceramah samada daripada aliran mazhab atau aliran tanpa mazhab. Yang penting menuntut ilmu perlu berguru. Tidak berguru dengan buku atau internet semata-mata. Seboleh-bolehnya dengan ramai guru agar horizon minda kita lebih terbuka.
Contoh perbezaan solat yang terhasil daripada hadis yang berbeza akan saya "post" kemudian.
Wa Allah 'alam....

TIPS EXAM

Baru-baru ini saya mendapat sms dari sepupu yang akan menduduki peperiksaan akhir. Sebenarnya itu adalah semester pertama dia di bangku ijazah sarjana muda sains sosial di Universiti Malaysia Sabah.
Disini saya titipkan sedikit tips yang saya selalu amalkan...
Antara saya dengan Allah: Berdoa, solat hajat, berdoa, doa dan doa....
Antara saya dengan ibu-bapa: Mohon restu ibu-bapa, minta maaf dari mereka, minta mereka doakan.

Saya dan buku: Biasanya saya akan baca 2x, dan kali ke3 hafal@ingat...., saya jarang bergantung kepada nota oranglain(bergantung juga, tapi kebanyakannya saya buat nota sendiri kerana apa yg saya faham itulah yg saya tulis).

Saya dan guru2: Minta restu dan doa...

Saya dan kawan2: Belajar berkumpulan

Doa yang saya selalu amalkan adalah daripada ayat-ayat Allah(Al-Quran) terutama dari Surah Al-Insyirah dan ar-Rahman...

Tips terbaru, boleh juga daripada Surah al-'Ala

Sebenarnya mana-mana ayat yang sesuai maknanya boleh di amalkan untuk menghadapi peperiksaan...yang penting ikhlas, yakin dan tawakkal setelah berusaha....

Moga berjaya buat sepupu-sepupuku, dan anak-anak muridku...

Thursday, November 5, 2009

40 Masalah Agama

Buku 40 Masalah Agama karangan K.H. Siradjuddin Abbas (meninggal 5 Ogos 1980)menghuraikan 40 soalan utama berkaitan agama Islam. Terdapat 4 jilid. Setiap jilid menghuraikan 10 masalah menurut neraca utamanya Mazhab Syafie tetapi membentangkan hujah pros-kons pandangan2 yang selain daripada Mazhab ini.

Cetakan yang ada dalam simpanan saya ialah cetakan yg ke25, tahun 2006. Diterbitkan oleh Pustaka Tarbiyah, jakarta Selatan.

Sesuai untuk sesiapa yang berlapang dada untuk memerhati, mengkaji dan memahami realiti.

Membincangkan masalah2 berikut dalam Jilid 1.
  1. Dzikir dan doa
  2. Isra' dan Mikraj
  3. Bismillah dalam Fatihah
  4. Bertawassul dalam berdoa
  5. Qunut Subuh
  6. Hadiyah pahala
  7. Hisab dan rukyah
  8. Talak 3 sekaligus
  9. Rakaat terawih
  10. Kewafatan Nabi Isa
Membincangkan masalah2 berikut dalam Jilid 2.
  1. Nabi sesudah Nabi Muhammad
  2. Menyentuh Kitab Suci al-Quran
  3. Najisnya Anjing
  4. Membaca Fatihah di belakang Imam
  5. Riba
  6. Qadha Solat
  7. Bersentuh dengan wanita
  8. Maulud Nabi
  9. Adzan dengan Piring hitam
  10. Modenisasi agama
Membincangkan masalah2 berikut dalam Jilid 3.
  1. Tasawwuf dan ahli sufi
  2. Penerima zakat
  3. Sunnah Qabliyyah Jumaat
  4. Bid'ah
  5. Berkat
  6. Solat Raya di lapangan
  7. Menulis Quran dengan Huruf Latin (ejaan rumi)
  8. Kebudayaan dan kesenian
  9. Memfilemkan Nabi2
  10. Membaca sayyidina
Membincangkan masalah2 berikut dalam Jilid 4.
  1. Sembahyang dengan Bahasa Melayu
  2. Judi dan loteri
  3. Talqin
  4. Jumaat di hari Raya
  5. Salaf dan Khalaf
  6. Azan Pertama
  7. Niat dan Usolli
  8. Ta'addud dan I'adah
  9. Qada' dan Qadar
  10. Melihat Tuhan Azza wa jalla.

PTPTN: Pesanan Penting!!!

Saya mempunyai dua urusan dengan PTPTN:
-Pertamanya berkaitan SSPN anak saya Ziyad Alhasani
-Kedua melangsaikan hutang PTPTN

Kes Pertama
Menyimpan di SSPN untuk masa depan anak ada faedahnya, mendapat pelepasan cukai (dengan had tertentu) dan sebagai pra-syarat untuk membolehkan anak mendapat pinjaman PTPTN apabila dia dewasa kelak. Bagaimanapun, hal yg kedua ini telah dimansuhkan.

Manakala hal yang pertama itulah yg membuatkan saya perlu berurusan dengan SSPN. Ceritanya begini....Suami saya telah mendepositkan sejumlah wang kedalam dalam akau SSPN Ziyad yang dibuka pada 9/10/2008.Menyedari bahawa pelepasan cukai pendapatan melalui SSPN dibenarkan, saya memohon kepada SSPN untuk menukar penama pendeposit. Selain itu, saya juga perlu menukar alamat yang diberikan sebelum ini kerana suami tersilap memberi alamat (pada nama jalan rumah sewa kami). Justeru saya terpaksa menelefon dan beremel dan untuk menukar alamat dan nama pendeposit. Malang sekali sehingga kini saya belum mendapat apa2 jawapan dan pengesahan melalui apa jua cara. Itu yg membuatkan saya sedih berurusan dengan badan ini. Sedih, terkilan, kecewa, geram,....macam2 perasaan menyelubungi saya terhadap badan ini. Sudah 4 bulan berlalu setelah saya memberi maklumat yg diperlukan, saya masih belum mendapat sebarang jawapan.

Kes Kedua
Sebenarnya semasa belajar Ijazah BA 2000-2004 saya mendapat biasiawa JPA. Tetapi sebelum itu saya mengikat perjanjian pinjaman PTPTN. Setelah mendapat biasiswa JPA, saya dan rakan2 yg lain membatalkan perjanjian dgn PTPTN.

Butiran pinjaman saya dan jumlah yg perlu saya bayar semula adalah seperti berikut:
Jumlah pinjaman: RM 9750 (untuk 3 semester pengajian)
Kos pentadbiran: RM 924.19
Jumlah yg perlu dibayar : RM 10 674.19
Tempoh pemulangan pinjaman: Jan 2006-Desember 2010.

Sebenarnya setelah membatalkan perjanjian, saya tidak mendapat surat dari PTPTN untuk memulangkan pinjaman. Berbanding rakan2 saya yg lain, hampir semua orang mendapat surat dr PTPTN. Justeru saya sendiri yg pergi melaporkan hal tersebut kepada PTPTN di Damansara Height.Dari laporan itulah saya kemudiannya mendapat surat berkenaan pembayaran pinjaman.

Semalam (4/11/2009) saya pergi ke PTPN di Damansara Height untuk melangsaikan kesemua hutang saya dengan PTPTN. Apabila sampai di kaunter, tiada seorang pun kakitangan yg ada. Tetapi saya boleh nampak kakitangan ada di dalam pejabat mereka yang luas itu melalui cermin tingkap. Setelah hampir 10minit tertunggu-tunggu, kelihatan seorang lelaki datang. Saya tidak pasti dia pelanggan atau kakitangan, jadi saya hanya bertanyakannya setelah pasti dia adalah staf apabila dia mahu masuk ke ruang pejabat. Alangkah baik dan sopan jika dia yg tanyakan saya terlebih dahulu tentang tujuan saya. Saya yg terpaksa membuka mulut dahulu menegurnya.

Dia staf pertama yg saya huraikan kes saya. Apabila dia masuk kedalam untuk cetak penyata yg saya minta, datang staf kedua. Staf kedua memberitahu saya sepatutnya membuat urusan ini di pejabat mereka di KL Sentral. Tetapi disebabkan saya sudah datang kesitu, tidak mengapa katanya. Staf itu kemudiannya mencetak penyata yg saya pinta. Apabila saya ingin bertanya selanjutnya tentang butiran akaun penyata tersebut, dia berkata dia perlu memanggil akauntan untuk menjawabnya. Saya terpaksa menuggu akauntan tersebut. Akauntan tersebut staf yg ketiga saya perlu berurusan untuk mengetahui secara terperinci tentang penyata. Sambil itu, saya sendiri telah membuat kira2 berdasarkan penyata tadi untuk memastikan saya tidak perlu membayar lebih daripada yg sepatutnya.

Setelah berpuas hati dengan kiraan saya sendiri, saya bertanya pula kepada akauntan tersebut tentang caj perkhidmatan yg telah diturunkan drpd 3% kepada 1%. Katanya mereka membuat pulangan bayaran lebih setelah mengambil kira 1% caj tersebut secara berperingkat. Semua orang yg membuat pinjaman dengan PTPTN layak mendapat diskaun tersebut kecuali 3 golongan:
  1. Orang yg namanya telah disenarai-hitamkan oleh PTPTN
  2. Org yg diberi surat saman
  3. Orang yg mempunyai bayaran tertunggak
Saya tidak pasti saya akan mendapat diskaun 1% itu atau tidak kerana saya telah melangsaikan hutang saya atas kiraan caj 3%.

Selepas diberi keterangan saya mula mengeluarkan wang tunai untuk membayar hutang baki terakhir iaitu sebanyak RM4, 049.66. Namun alangkah terkejutnya saya apabila pegawai (staf ke-3) tersebut meminta saya membuat urusan di KL Sentral.

Saya, suami dan bayi Zuhair bergegas ke KL Sentral. Bukan senang juga nak cari pejabat PTPTN disitu. Alhamdulillah, dengan izin Allah berjumpa juga akhirnya.

Saya adalah orang yg terakhir berurusan disitu melangkaui jam 5petang. Hati saya menjadi tenteram kembali kerana dapat berurusan dengan staf perempuan yg manis bicara walaupun tidak memakai tudung kepala.

Saya menunjukkan penyata yg saya dapat dr PTPTN di Wisma Chase Perdana tadi. Namun, katanya dia perlu cetak semula jumlah yg sah hutang saya. Tunggulah lagi....

Apabila mendapat surat penyata tersebut, alangkah terkejutnya saya kerana terdapat perbezaan antara penyata pertama yg ada pada saya dengan penyata yg diberikannya. Jumlah pinjaman yg terakhir yg perlu saya bayar ialah RM 4, 127.38. Jadi berapa bezanya dengan yg pertama???? RM 77.72.

Saya lantas bertanya: "Kenapa terdapat perbezaan? Dalam penyata yg pertama yg saya dapat drpd akauntan di Wisma Chase, baki terakhir yg perlu saya bayar ialah RM 4, 049.66, sedangkan penyata ini berbeza". Kemudian saya diberitahu perbezaan berlaku kemungkinan kerana insuran yg perlu dibayar (RM 64.84) dan bakinya Kos pentadbiran.

Kos pentadbiran lagi? Insuran lagi? Setahu saya kos pentadbiran bulan 10 telah pun dikenakan. Adakah RM 12 lebih itu kos pentadbiran saya untuk bulan 11 walaupun saya membayar pada awal bulan (4/11?), hanya 4hari, saya dikenakan kos pentadbiran 3%? Sedangkan saya difahamkan perlu membayar sebelum 15hb setiap awal bulan kerana selepas itu pelarasan akan dilakukan dan ketika itulah caj pentadbiran diambil kira. Adakah saya salah faham?

Setelah lama berdiskusi dengan kakak itu, dia akhirnya memberi jawapan kepada saya bahawa terpulang kepada saya untuk membayar jumlah yg pertama ( RM 4, 049.66) atau jumlah yg kedua. Saya mengambil keputusan untuk membayar jumlah yg pertama seperti yg tertera dalam penyata pertama dan dalam sms yg saya dapat sebelum saya ke Wisma Chase. Semua itu saya lakukan untuk memastikan saya tidak berlebih/berkurang bayar.

Manakala surat pelepasan/penyelesaian hutang pula akan saya dapat dalam tempoh 3minggu daripada urusan saya semalam. Jika saya mendapat diskaun caj pentadbiran, PTPTN akan memulangkan wang lebihan dalam kiriman cek setelah tiba masanya nanti, mengikut giliran...mungkin selepas 2@3@4@5......10 tahun!!!!!

Dari Baling ke UIAM: MA- Kampus Utama UIAM (2005-2008)

Dari Baling ke UIAM: Kampus Utama UIAM (2000-2004)

Dari Baling ke UIAM: Matrikulasi (1998-2000)

Dari Baling ke UIAM: Sekolah Menengah (1993-1997)

Wednesday, November 4, 2009

MEDELA UNTUK ZUHAIR

Pertama-tama sekali terima kasih saya saya ucapkan kepada Kma yg berada nun jauh di Sudan atas saranannya pada posting saya yg lalu. Cadangan Kma:

"Assalamu'alaikum zu, adik amni dah bersalin ogos haritu, dia bertekad memberi susu badan secara esklusif kepada Nauwal. Dia banyak tips, byk petua dan info yg dia godek dr merata-rata sumber untuk bykkan susu. dia selalu pesan kak ma doakan dia dpt susu anak dia puas2. di antara benda yg dia amal supaya susu banyak, minum horlick, kurma mariami, kismis hitam, kopi radix dan mcm2. adik amni skrg kat kajang.

dia sentiasa menyimpan susu dia dlm peti in case dia busy. Susu ibu boleh tahan dua tahun."

Sebenarnya saya juga seperti adik Amni dan ibu2 lain yg mahu menyusu anak dengan susu badan. Hajat dan niat saya ini saya tanamkan sejak mengandungkan Zuhair kerana ingin sekali mematuhi saranan Al-Quran dalam bab penyusuan bayi.
  1. Sumber saya untuk menambahkan dan melancarkan susu badan juga pelbagai; dari internet, doktor perubatan alopati, pengamal homoeopati, doktor perubatan integratif (saya pernah bekerja dengaanya), kawan2, buku2 dll.
  2. Antara yang saya telah cuba: lobak putih (kurang membantu), buah longan, (ok) milo, (ok tapi anak pula sembelit) bayam (ok), susu anmum (biasa sahaja), kurma, (membantu) susu igg (kurang pasti), byoung (kurang pasti, tapi lebih untuk luka bedah), kolagenik (yg ni saya tak sesuai cirit-birit dibuatnya walaupun ada klorofil), pil homeopati (tak habis makan, ambil masa lama utk nampak hasil), pil motium demporidone (tak berhasil, ada kesan sampingan dan diharamkan di AS kalau ikut dalam wikipedia, hanya terdapat di farmasi dan klinik2 tertentu), yg terbaru horlicks (ok kot!), dan yang terakhir setakatni arina gegan (impaknya positif selepas 4hari makan, 30biji RM47 untuk sebulan@15hari).
  3. Kopi radix atau sebarang kopi dan teh saya tak amalkan walaupun adakala minum juga kadang2 ketika teringin sangat. Nak elak kafien.
  4. Saya tak pernah berkesempatan pam susu langsung. Zuhair minum terus dari badan. Sebab susu kurang sangat2, jadi tak dapat pam, hanya cukup untuk dia bertempek melekat dibadan saya untuk menyusu.
  5. Saya sudah biasa di wad NICU Hospital Selayang lebih kurang 43hari. Ikutkan pengalaman saya dan notis2 yg ditampal dibilik penyusuan, susu badan pada suhu bilik tahan 4jam. Letak dalam peti pada ruang sejuk tahan seminggu, pada ruang beku tahan 3bulan. Pertama kali saya diberitahu kawan yg suaminya seorang doktor, tempat beku tahan setahun. Dan yg Kma bgtau ini lebih lama 2 tahun.
Dalam minggu pertama selepas Zuhair dilahirkan secara pembedahan, kami membeli pam susu jenama medela kerana jenama itu yg saya guna di wad NICU. Cuma wajah pam yg saya beli dengan yg ada di hospital tidaklah sama. Pam Medela yg manual lebihkurang RM 170, yang elektronik lebihkurang RM 460. Kedua2nya kami beli. Ternyata pam itu saya hanya guna untuk beberapa ketika sahaja kerana tidak mempunyai susu yg banyak utk dipam. Susu yg ada hanya cukup untuk susukan Zuhair dalam dakapan saya.

Kini pam itu saya pinjamkan untuk kakak saya yg juga bersalin secara pembedahan kerana anaknya songsang tetapi cukup bulan.

Hakikatnya saya hanya mampu berusaha, berdoa, tawakkal, redho dan pasrah atas kehendak Allah. Allah telah mudahkan saya dalam banyak perkara, mungkin ini antara ujian kesusahan yg saya perlu lalui.

Dari Baling ke UIAM: Sekolah rendah (1987-1992)

Saya sebenarnya bukanlah pelajar yang cemerlang sangat. Hanya cemerlang di sekolah rendah (Sek Keb Seri Bayu) dan dianugerahkan pelajar terbaik sewaktu darjah 6 pada tahun 1992. Alaa...sekolah kampung, cemerlang di tempat saya mungkin hanya sederhana di tempat lain.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang susah tetapi tidaklah terlalu doif. Masih cukup untuk makan, minum dan beribadah. Rumah buluh beratapkan rumbia itulah teratak kami sekeluarga. Kemudian dari buluh bertukar ke papan beratapkan zink.

Air pula di ambil dari perigi dan sungai. Mandi air sungai pagi2 sangatlah dingin. Abah selalu buat unggun api buat kami panaskan badan. Yang pasti saya adalah orang yg terakhir terjun kedalam sungai untuk mandi. Sebelum itu, saya memanaskan badan ditepi unggun api...terasa malas nak mandi.

Pergi sekolah kadang2 berjalan kaki selama kira2 20minit. Sepanjang di sekolah rendah saya memakai "sepatu sekolah bentuk ikan haruan" kerana harganya murah dan itu yg mampu dibeli oleh abah kepada kami 4 beradik yg bersekolah pada ketika itu.

Sejak kecil saya belajar berniaga kecil-kecilan. Membawa kuih-muih untuk dijual di sekolah agama sesi petang. Yang saya masih ingat saya menjual cucur udang dan kuih rotan. Seronok berniaga bila semuanya "laku", tapi kalau tak "laku" terutamanya ketika hujan terasa sedih sangat.

Selain daripada berniaga, saya juga berkebun, memelihara lembu dan memanjat pokok buah-buahan untuk dijual. Berkebun pada waktu pagi di hari cuti. Mengambil lembu di padang rumput selepas pulang dari mengaji agama waktu petang kira2 dalam pukul 6. Dan memanjat pokok pada musimnya kerana ketika itu hanya abang anak lelaki (kini saya ada seorang adik lelaki). Saya, kakak dan abang memnajat pokok rambutan dan manggis untuk di ambil buan2nya. Paling saya suka adalah memanjat pokok manggis, ketika berada di puncaknya. Best sangat!!

Ketika musim sawah, saya ikut bersawah. Bermula daripada kerja2 mencangkul rumput di bendang, menanam padi (orang baling sebut menyedung), "mengerat" padi, dan "memukul" padi. Semua telah saya lakukan dengan penuhh gembira. Paling gembira adalah "memukul" padi di waktu malam di bawah cahaya rembulan purnama.

Ada ketika diwaktu pagi sewaktu cuti sekolah saya akan menoreh pokok getah. Selalunya mak melarang saya menoreh kerana bimbangkan pokok getah "luka". Mak selalunya akan hanya menyuruh saya mengutip getah "sekerap".

Apabila musim buah kopi masak, saya akan ikut mak mengutip buah2 kopi yang kemerah-merahan. Ada sesetengah pokok yang saya terpaksa panjat dan menggunakan kayu pengait untuk mengait buah kopi. Kemudian buah2 kopi tadi akan dijemur sehingga kering. Selepas itu ia akan ditumbuk untuk dibuang kulitnya. Isinya itulah dijual. Dan ada yang digunakan oleh kami sendiri.

Ermmmm...seronok memproses kopi ni. Mula2 isi kopi yang telah kering dan bersih tadi digoreng tanpa minyak sehingga masak. Setelah masak, angkat isi kopi tadi dan masak pula air gula samada gula perang atau gula putih. Ketika inilah kami adaik-beradik akan sibuk mengambil daun kopi untuk diberikan kepada mak supaya dapat dibubuh air gula tadi. Apabila beku air gula tadi diatas daun kopi bolehlah dimakan sebagai coklat. Rasanya enak sekali ditambah dengan aroma daun kopi. Apabila air gula masak, masukkan isi kopi tadi dan kacau hingga masak iaitu apabila ia melekit-lekit. Sejukkan sebentar. Kemudian bolehlah tumbuk isi kopi tadi (sekarang mak suka blend jer...).Selepas ditumbuk sehingga hancur, ayaklah isi kopi yang telah menjadi tepung tadi untuk diambil debunya yang halus2 yang dinamakan serbuk kopi......ERM SEDAPNYA KOPI TRADISIONAL MAK!!!

Air kopi dan teh adalah minuman seharian kami selain daripada air masak. Kalau dapat minum air MILO waktu itu terasa nikmat sangat. Makanan seharian kami pula biasanya yang percuma -percuma sahaja dari sumber alam seperti pucuk paku, pisang, jantung pisang, batang@umbut pisang, terung "ceweng" dan lain2 tanaman. Pucuk paku boleh dikatakan santapan harian kami. Kadang2 dimasak lemak, kadang2 digulai, kadang2 digoreng dan kadang2 dijadikan ulam. Terung ceweng pula enak dibuat sambal tumis ikan bilis.

Di seolah rendah macam2 pertandingan saya masuk; hafal ayat2 "Lazim", menyanyi, berlakon, nasyid dan sebagainya kecuali sukan. Sebabnya saya tidak punyai bakat bersukan. Lagipun saya tiada pakaian sukan, asyik bergilir pakaian sukan kakak. Yang ada hanyalah yang usang dan lusuh yang saya malu nak pakai kerana saiznya yang sudah ketat buat saya. Tapi saya masih sempat mewakili sekolah dalam sukan bola tampar ke peringkat zon. Itu pencapaian terbaik saya dalam sukan. Manakala pencapaian saya dalam hafalan Al-Quran (ayat2 Lazim) pula ialah mewakili zon keperingkat daerah.

Tuesday, November 3, 2009

Tajdid: Suatu fenomena

Saya adalah salah seorang pembaca setia laman web zaharudin.net. Beliau juga merupakan pensyarah UIAM.

Saya tertarik dengan ulasan beliau berkenaan tangkapan Dr.Asri . Ulasan beliau yang sederhana dan tidak emosional mencerminkan tahap intelektual dan adab beliau. Apa yang ingin saya ulas adalah berkenaan perenggan ini seperti yang tertera di dalam laman web beliau:

"Dr Asri di sebelah pihak yang dikatakan ingin membawa pembaharuan dalam pemikiran agama di Malaysia, manakala sebelah pihak lain adalah mereka yang meyakini sudah cukup dengan cara dan pemikiran agama yang sedia ada, nescaya pertembungan berlaku.

Bermula dari sedikit, ia menjadi semakin besar apabila anak-anak murid fanatik menyemarakkan api pertengkaran serta kutuk mengutuk. Tidak terkecuali kedua-dua pihak mempunyai tekong ‘bergaduh' yang hebat, aktif serta dinamik dalam tugas kurang sihat ini."

Sebagai seorang bekas mahasiswi UIAM yang terdedah dengan buah fikiran golongan yang mahu membuat tajdid/pembaharuan dalam pemikiran agama di Malaysia, saya sedikit sebanyak merasa tempias isu ini.

Secara peribadi, saya tidak menolak dan tidak pula menerima pembaharuan ini secara total. Kenapa? Kerana pembaharuan yang dibawa oleh beberapa orang dalam gerakan ini adakalanya bersifat terlalu memaksa dan adakalanya bersifat tidak ilmiah. Dalam beberapa keadaan pula, hujah mereka adalah berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Yang selari dengan al-Quran dan Sunnah Nabi itulah yang tidak saya tolak.

Sejak zaman bangku Ijazah Sarjana Muda sekitar tahun 2001-2004, hinggalah ke peringkat MA 2005-2008 dan kini sebagai pensyarah UIAM saya tidak dapat lari dari fenomena ini. Adamasa saya sendiri yang melihat dan mendengar. Adamasanya saya mendapat "riwayat" daripada orang lain.

Fenomena pertama
Antara peristiwa yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika hadir satu kuliyah muslimat di surau kolej Nusaibah. Kuliyah ini disampaikan oleh mahasiswi Muslimat yang menjadi pengikut aliran ini (ada yang menamakan mereka Salafi, ada yang menamakannya sebagai Wahabi....tetapi saya tidak akan menggelarkan mereka dengan nama khusus kerana saya tidak mendengar sendiri pengakuan dari mulut mereka apakah nama fahaman mereka).

Kata Muslimat tersebut selepas menyampaikan kuliyah tafsirnya." Kita perlu berhati-hati dengan sumber rujukan kita dalam bidang Tafsir. Anda digalakkan menggunakan Tafsir as-Sa'di. Elakkan daripada merujuk Tafsir Ali as-Sabuni".....Terlopong saya dibuatnya ketika itu kerana Tafsir Ali as-Sabuni lah yang digunakan sebagai sumber rujukan utama pelajar2 Ilmu Wahyu di dalam subjek "Study of Quran"(dalam bahasa Arab). Dan pesannya selepas itu:"Jangan pula sampaikan hal ini kepada pensyarah2, mereka tentu tidak bersetuju."

Fenomena2 Lain
Saya mendapat tahu ada kuliyah disurau yang sama oleh seorang "ustaz" (pelajar MA ketika itu, kini pensayarah salah sebua IPTA ) yg sealiran dengan gerakan ini. Saya dengan sengaja tidak hadir ke kuliyah tersebut atas faktor2 tertentu. Ramai rakan2 yang hadir. Selepas kuliyah tersebut, ada beberapa rakan saya datang menyerbu saya di bilik untuk berbincang tentang apa yg mereka dapat dari kuliyah tersebut. Salah seorang daripada mereka berkata:" Zu, macamana ni...ustaz tu tadi dia mai-mai (datang), dia kata jangan guna sejadah untuk solat. Letak ketepi, letak ketepi katanya...Bid'ah, bid'ah".....

Banyak sangat bid'ah dalam aliran ini....Apabila mereka melakukan perkara sedemikian, seolah-olah kita dipaksa menerima cara mereka. Apa salahnya guna Tafsir Ali as-Sabuni, sedangkan Bible pun kita boleh kaji. Saya sendiri ada dan membaca Bible dan buku2 lain terutamanya yang berbahasa Inggeris dan secara terang2 menolak Sunnah dan Hadis Nabi sebagai hujah. Walaupun saya belajar bidang hadis, apa salahnya saya membacanya untuk pengetahuan? Orang2 orientalis mempunyai ilmu yang mendalam tentang agama dan budaya orang2 Islam, kerana itu penulisan mereka adakalanya menggugat jiwa2 orang Islam yang luntur iman.

Apa salahnya sujud di atas sejadah kerana kita bukan melakukannya atas sebab yakin sujud di atas sejadah itu adalah wajib.

Saya selalu berharap aliran apapun yang ingin dibawa biarlah tidak memecahbelahkan umat Islam khususnya di Malaysia ini. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih.