Islamic Widget

PEMBACA

Sunday, November 15, 2009

DR.BAHAUDDIN DALAM KENANGAN

Allahyarham Dr.Bahauddin berasal dari Iraq adalah pensyarah saya sewaktu B.A dan M.A. Apabila saya memandang wajahnya terasa seolah-olah saya memandang wajah arwah datuk saya kerana wajah persis serupa. Arwah datuk mempunyai hidung yang tinggi seperti Allahyarham Dr. Bahauddin Tetapi hidung saya tidak pula seperti hidung datuk....
Ketika MA, saya belajar Tafsir. Nama pelajarannya Qiraah Nassiyyah fi Tafsir (Textual Reading in Tafsir) dalam Bahasa Arab. Saya membuat tugasan tentang Tafsir Ahkam Al-Quran oleh Al-Jassas.
Sewaktu di jabatan, Dr menegur saya katanya:"Saya sudah tengok tugasan kamu. Saya harapkan kamu tidak berikan kepada pelajar lain melihatnya supaya mereka tidak meniru apa yang kamu buat."
Selang beberapa hari, seorang rakan saya meminta izin untuk melihat tugasan saya. Serba salah dibuatnya. Dia amat berhajat untuk melihat tugasan saya sebagai sampel. Lagipun tajuknya tentang tafsir lain. Dalam keberatan mengingatkan pesan pensyarah, saya memberikan tugasan saya sebagai sampel buatnya.
Seingat saya, saya orang ketiga atau kelima yang membentangkan tugasan saya dalam kelas. Orang-orang sebelum saya membentangkan tugasan dengan membuka salinan yang ada pada mereka. Tiba giliran saya, Dr meminta agar saya tidak membuka salinan yang ada, untuk praktis katanya kerana saya staf jabatan yang sama dengan Dr. Terpaksalah saya cuba sedaya upaya tidak melihat salinan itu...walaupun sesekali lihat juga...almaklumah, ingat-ingat lupa tugasan yang memuatkan 62 mukasurat itu.
Jasa Dr akan saya kenang sampai bila-bila...Doa Dr buat saya akan saya ingat selalu...moga Dr bahagia di alam sana...Moga Dr tergolong dalam mereka yang mendapat syurga firdausNya...Amin...Al-Fatihah buat Allahyarham Dr.Bahauddin Ahmad...

No comments: