"Assalamu'alaikum zu, adik amni dah bersalin ogos haritu, dia bertekad memberi susu badan secara esklusif kepada Nauwal. Dia banyak tips, byk petua dan info yg dia godek dr merata-rata sumber untuk bykkan susu. dia selalu pesan kak ma doakan dia dpt susu anak dia puas2. di antara benda yg dia amal supaya susu banyak, minum horlick, kurma mariami, kismis hitam, kopi radix dan mcm2. adik amni skrg kat kajang.
dia sentiasa menyimpan susu dia dlm peti in case dia busy. Susu ibu boleh tahan dua tahun."
Sebenarnya saya juga seperti adik Amni dan ibu2 lain yg mahu menyusu anak dengan susu badan. Hajat dan niat saya ini saya tanamkan sejak mengandungkan Zuhair kerana ingin sekali mematuhi saranan Al-Quran dalam bab penyusuan bayi.
Kini pam itu saya pinjamkan untuk kakak saya yg juga bersalin secara pembedahan kerana anaknya songsang tetapi cukup bulan.
Hakikatnya saya hanya mampu berusaha, berdoa, tawakkal, redho dan pasrah atas kehendak Allah. Allah telah mudahkan saya dalam banyak perkara, mungkin ini antara ujian kesusahan yg saya perlu lalui.

- Sumber saya untuk menambahkan dan melancarkan susu badan juga pelbagai; dari internet, doktor perubatan alopati, pengamal homoeopati, doktor perubatan integratif (saya pernah bekerja dengaanya), kawan2, buku2 dll.
- Antara yang saya telah cuba: lobak putih (kurang membantu), buah longan, (ok) milo, (ok tapi anak pula sembelit) bayam (ok), susu anmum (biasa sahaja), kurma, (membantu) susu igg (kurang pasti), byoung (kurang pasti, tapi lebih untuk luka bedah), kolagenik (yg ni saya tak sesuai cirit-birit dibuatnya walaupun ada klorofil), pil homeopati (tak habis makan, ambil masa lama utk nampak hasil), pil motium demporidone (tak berhasil, ada kesan sampingan dan diharamkan di AS kalau ikut dalam wikipedia, hanya terdapat di farmasi dan klinik2 tertentu), yg terbaru horlicks (ok kot!), dan yang terakhir setakatni arina gegan (impaknya positif selepas 4hari makan, 30biji RM47 untuk sebulan@15hari).
- Kopi radix atau sebarang kopi dan teh saya tak amalkan walaupun adakala minum juga kadang2 ketika teringin sangat. Nak elak kafien.
- Saya tak pernah berkesempatan pam susu langsung. Zuhair minum terus dari badan. Sebab susu kurang sangat2, jadi tak dapat pam, hanya cukup untuk dia bertempek melekat dibadan saya untuk menyusu.
- Saya sudah biasa di wad NICU Hospital Selayang lebih kurang 43hari. Ikutkan pengalaman saya dan notis2 yg ditampal dibilik penyusuan, susu badan pada suhu bilik tahan 4jam. Letak dalam peti pada ruang sejuk tahan seminggu, pada ruang beku tahan 3bulan. Pertama kali saya diberitahu kawan yg suaminya seorang doktor, tempat beku tahan setahun. Dan yg Kma bgtau ini lebih lama 2 tahun.
Kini pam itu saya pinjamkan untuk kakak saya yg juga bersalin secara pembedahan kerana anaknya songsang tetapi cukup bulan.
Hakikatnya saya hanya mampu berusaha, berdoa, tawakkal, redho dan pasrah atas kehendak Allah. Allah telah mudahkan saya dalam banyak perkara, mungkin ini antara ujian kesusahan yg saya perlu lalui.
No comments:
Post a Comment