Islamic Widget

PEMBACA

Wednesday, November 11, 2009

SIFAT SOLAT NABI

Suatu ketika di masa belajar Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu, saya pernah hadir ke kuliyah yang dikendalikan oleh seorang ustaz yang ketika itu merupakan seorang pelajar Sarjana (MA).
Ustaz tersebut menyampaikan kuliyah tentang solat Nabi dengan menggunakan kitab "sifat solat Nabi" yang sering digunapakai oleh mereka yang sealiran dengannya. Kitab tersebut adalah karangan Syeikh Nasiruddin Al-Albani.
Ketika mendengar kuliyah tersebut, saya berpuas hati kitab tersebut mengemukakan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis. Namun ada sedikit rasa kekeliruan dan tidak puas hati apabila saya bandingkan solat saya yang telah dan sedang saya lakukan menurut mazhab Syafie sejak kecil itu ternyata sedikit-sebanyak berbeza dengan apa yang dibincangkan dalam buku/kitab tersebut.
Namun setelah berbincang dengan kawan (suaminya juga ustaz) dan pensyarah saya orang Arab Syria(bapa beliau ulama syria dalam bidang feqah), (beliau sendiri lulusan bidang hadis dari Universiti Madinah) saya berpuas hati dan yakin solat saya selama ini sah.
Analogi yang diberikan oleh pensyarah saya untuk memahami isu ini amat mudah.
Katanya: "Apa judul buku itu?".
"Sifat solat Nabi" jawab saya.
"Siapa pengarang atau penyusunnya?" tanya beliau lagi.
Jawab saya: "Syeikh Nasiruddin Al-Albani".
Kemudian sambung beliau: "Baiklah, kalau saya yang karang buku itu dengan judul yang sama, dan diletakkan nama pengarangnya dibuku itu DIKARANG OLEH DR.FATHIDDIN BEYANOUNI, yang mana satu buku yang enti nak pilih. Kedua-dua buku tajuknya sama, tetapi pengarang dan isi berbeza. Yang mana satu betul?"
"Ermmm...tak pasti Dr."Jawab saya.
Dr.Fathiddin kemudian berkata:"Apa yang saya nak sampaikan adalah walaupun buku itu judulnya "SIFAT SOLAT NABI", tidak semestinya itulah sahaja bentuk sebenar solat Nabi. Tidak semestinya itu sahaja dalil-dalil daripada hadis yang ada berkaitan dengan solat. Hanya Sahabat yang melihat Nabi, manakala generasi selepas itu hinggalah kita hari ini tiada siapapun melihat Nabi. Menisbahkan sifat solat Nabi berdasarkan hadis-hadis yang disusun dan diulas oleh pengarang itu adalah berdasarkan kajian pengarang tersebut. Mungkin ada dalil-dalil lain yang tidak diulas olehnya." ujarnya memberi ulasan agar saya faham kenapa ada perbezaan dalam bab solat di antara mazhab2 yang sedia ada (Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali).
>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Kini, setelah belajar MA saya lebih tahu membuat penilaian ilmiah. Setelah melalui proses pembelajaran, saya rasa banyak lagi yang saya perlu belajar dan tahu dan tidak menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh penceramah-penceramah samada daripada aliran mazhab atau aliran tanpa mazhab. Yang penting menuntut ilmu perlu berguru. Tidak berguru dengan buku atau internet semata-mata. Seboleh-bolehnya dengan ramai guru agar horizon minda kita lebih terbuka.
Contoh perbezaan solat yang terhasil daripada hadis yang berbeza akan saya "post" kemudian.
Wa Allah 'alam....

3 comments:

abdullahbukhari said...

Yang penting solat tu..dok kalut bercerita ttg sifat solat nabi, orang di KL ramai lagi yg tak solat..terbaru depan surau kita ada orang buka gerai,jual nasi,buka dari sebelum maghrib sehingga lepas isyak,tak masuk pun solat...

zenaida said...

tu satu hal.saya dah suruh suami tegur dengan cara ajak dia solat sama2. dulu saya sendiri pernah tegurpenjual buah yg jual ditempat yg sama...

FIZAH_ARDANI said...

MASIH RAMAI LAGI SAUDARA SEISLAM KITA DI LUAR SANA YANG LALAI DARI MELAKSANAKAN SOLAT.