Islamic Widget

PEMBACA

Monday, November 2, 2009

Arina Gegan

Arina gegan adalah nama produk terkini yang saya makan untuk menambahkan susu badan demi untuk anak saya Zuhair Alhasani yang kini berusia 5 bulan. Beratnya sekarang 5kg berbanding berat lahirnya 1.23kg. Setiap bulan beratnya akan naik sekurang-kurangnya 1kg.

Selain arina gegan, yang saya pernah cuba ialah minyak kelapa dara jenama NUFERA, minuman berfungsi B-Young, pil motilium demporidone, pil tambah susu homeopati, dan sebagainya.

Semuanya untuk menyusu Zuhair kerana susu badan saya kurang jika dibandingkan dengan keperluan Zuhair yang sudah bertambah usianya.

Susu Ziyad vs Susu Zuhair
Ziyad anak saya yang sulung kini sudah hampir setahun 11 bulan. Kedua2 anak saya tahu rasa susu. Mereka mempunyai citarasa tersendiri. Saya hanya sempat menyusukan Ziyad selama 3 bulan, itupun berselang-seli dengan susu formula. Ketika masih bayi Ziyad sudah "mengamuk" kerana susu badan yang sedikit tidak mengenyangkannya. Lantas apabila diberikan susu botol@formula dia akan puas kerana kenyang. Pada awal waktunya, Ziyad diberikan susu Duth Lady, tetapi setelah 3 bulan minum susu jenama tersebut, dia mengalami cirit-birit yang serius. Rupa2nya dia alah dengan "laktosa". Jadi terpaksalah kami beralih kepada susu tanpa laktosa yg lebih mahal harganya dan susah didapati dipasaran.

Susu soya selalu menjadi alternatif kepada susu lembu bagi bayi yg alah terhadap susu lembu atau susu yang ada laktosa. Tetapi susu ini tidak menjadi kegemaran Ziyad. Dia hanya minum susu yg sedap pada lidahnya. Banyak kali kami "try and error" sehingga kami dapat membuat kesimpulan bahawa Ziyad hanya minum susu yg mahal harganya dan rasa yg sedap.

Zuhair juga seperti Ziyad selalu "mengamuk" kerana tidak puas menyusu badan. Tapi dia akan lebih mengamuk apabila diberikan susu botol. Jadi terpaksalah saya bersabar melayan karenahnya. Tidurnya tidak cukup kerana tidak kenyang, selalu menangis kelaparan Sudah 5 jenama susu dicuba, ternyata dia hanya mahu susu badan. Dari susu S26, NeoSure, Karihome (susu kambing), Isomil (susu soya) hingga ke MamexGold. Semua saya terpaksa sedekah kepada orang lain.

Ibu Susuan
Saya terpaksa iklankan dalam portal UIAM yang saya memerlukan ibu susuan buat Zuhair. Namun sehingga kini belum berhasil. Selama 3 bulan kemana saya pergi terpaksa membawa Zuhair bersama termasuk ke UIA untuk mengajar. Kecuali waktu mengajar, suami saya akan menjaganya (mujurlah hari saya mengajar suami tiada kelas). Selepas kelas, segera saya menyusukannya. Boleh dikatakan 16jam saya perlu "bertempek" dengannya.

Selagi mampu, InsyaAllah saya akan berusaha demi Zuhair. Namun, saya juga mengharap dapat bertemu sesiapa yg ikhlas mahu menyusukan Zuhair.

Ya Allah mudahkanlah urusan hambaMu yang lemah ini....

2 comments:

~albazrah~ said...

Assalamu'alaikum zu, adik amni dah bersalin ogos haritu, dia bertekad memberi susu badan secara esklusif kepada Nauwal. Dia banyak tips, byk petua dan info yg dia godek dr merata-rata sumber untuk bykkan susu. dia selalu pesan kak ma doakan dia dpt susu anak dia puas2. di antara benda yg dia amal supaya susu banyak, minum horlick, kurma mariami, kismis hitam, kopi radix dan mcm2. adik amni skrg kat kajang.

dia sentiasa menyimpan susu dia dlm peti in case dia busy. Susu ibu boleh tahan dua tahun.

zenaida said...

Terimakasih banyak2 Kma atas saranan...jawapannya pada posting saya. Syukran habibati