Islamic Widget

PEMBACA

Tuesday, November 3, 2009

Tajdid: Suatu fenomena

Saya adalah salah seorang pembaca setia laman web zaharudin.net. Beliau juga merupakan pensyarah UIAM.

Saya tertarik dengan ulasan beliau berkenaan tangkapan Dr.Asri . Ulasan beliau yang sederhana dan tidak emosional mencerminkan tahap intelektual dan adab beliau. Apa yang ingin saya ulas adalah berkenaan perenggan ini seperti yang tertera di dalam laman web beliau:

"Dr Asri di sebelah pihak yang dikatakan ingin membawa pembaharuan dalam pemikiran agama di Malaysia, manakala sebelah pihak lain adalah mereka yang meyakini sudah cukup dengan cara dan pemikiran agama yang sedia ada, nescaya pertembungan berlaku.

Bermula dari sedikit, ia menjadi semakin besar apabila anak-anak murid fanatik menyemarakkan api pertengkaran serta kutuk mengutuk. Tidak terkecuali kedua-dua pihak mempunyai tekong ‘bergaduh' yang hebat, aktif serta dinamik dalam tugas kurang sihat ini."

Sebagai seorang bekas mahasiswi UIAM yang terdedah dengan buah fikiran golongan yang mahu membuat tajdid/pembaharuan dalam pemikiran agama di Malaysia, saya sedikit sebanyak merasa tempias isu ini.

Secara peribadi, saya tidak menolak dan tidak pula menerima pembaharuan ini secara total. Kenapa? Kerana pembaharuan yang dibawa oleh beberapa orang dalam gerakan ini adakalanya bersifat terlalu memaksa dan adakalanya bersifat tidak ilmiah. Dalam beberapa keadaan pula, hujah mereka adalah berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Yang selari dengan al-Quran dan Sunnah Nabi itulah yang tidak saya tolak.

Sejak zaman bangku Ijazah Sarjana Muda sekitar tahun 2001-2004, hinggalah ke peringkat MA 2005-2008 dan kini sebagai pensyarah UIAM saya tidak dapat lari dari fenomena ini. Adamasa saya sendiri yang melihat dan mendengar. Adamasanya saya mendapat "riwayat" daripada orang lain.

Fenomena pertama
Antara peristiwa yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika hadir satu kuliyah muslimat di surau kolej Nusaibah. Kuliyah ini disampaikan oleh mahasiswi Muslimat yang menjadi pengikut aliran ini (ada yang menamakan mereka Salafi, ada yang menamakannya sebagai Wahabi....tetapi saya tidak akan menggelarkan mereka dengan nama khusus kerana saya tidak mendengar sendiri pengakuan dari mulut mereka apakah nama fahaman mereka).

Kata Muslimat tersebut selepas menyampaikan kuliyah tafsirnya." Kita perlu berhati-hati dengan sumber rujukan kita dalam bidang Tafsir. Anda digalakkan menggunakan Tafsir as-Sa'di. Elakkan daripada merujuk Tafsir Ali as-Sabuni".....Terlopong saya dibuatnya ketika itu kerana Tafsir Ali as-Sabuni lah yang digunakan sebagai sumber rujukan utama pelajar2 Ilmu Wahyu di dalam subjek "Study of Quran"(dalam bahasa Arab). Dan pesannya selepas itu:"Jangan pula sampaikan hal ini kepada pensyarah2, mereka tentu tidak bersetuju."

Fenomena2 Lain
Saya mendapat tahu ada kuliyah disurau yang sama oleh seorang "ustaz" (pelajar MA ketika itu, kini pensayarah salah sebua IPTA ) yg sealiran dengan gerakan ini. Saya dengan sengaja tidak hadir ke kuliyah tersebut atas faktor2 tertentu. Ramai rakan2 yang hadir. Selepas kuliyah tersebut, ada beberapa rakan saya datang menyerbu saya di bilik untuk berbincang tentang apa yg mereka dapat dari kuliyah tersebut. Salah seorang daripada mereka berkata:" Zu, macamana ni...ustaz tu tadi dia mai-mai (datang), dia kata jangan guna sejadah untuk solat. Letak ketepi, letak ketepi katanya...Bid'ah, bid'ah".....

Banyak sangat bid'ah dalam aliran ini....Apabila mereka melakukan perkara sedemikian, seolah-olah kita dipaksa menerima cara mereka. Apa salahnya guna Tafsir Ali as-Sabuni, sedangkan Bible pun kita boleh kaji. Saya sendiri ada dan membaca Bible dan buku2 lain terutamanya yang berbahasa Inggeris dan secara terang2 menolak Sunnah dan Hadis Nabi sebagai hujah. Walaupun saya belajar bidang hadis, apa salahnya saya membacanya untuk pengetahuan? Orang2 orientalis mempunyai ilmu yang mendalam tentang agama dan budaya orang2 Islam, kerana itu penulisan mereka adakalanya menggugat jiwa2 orang Islam yang luntur iman.

Apa salahnya sujud di atas sejadah kerana kita bukan melakukannya atas sebab yakin sujud di atas sejadah itu adalah wajib.

Saya selalu berharap aliran apapun yang ingin dibawa biarlah tidak memecahbelahkan umat Islam khususnya di Malaysia ini. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih.

2 comments:

abdullahbukhari said...

biasalah ustazah! org kemaruk dgn benda baru,macam ana dulu di Ma'ahad,baru kenal Syiah lepas baca satu buku terus nk jadi syiah,sehinggalah ditegur olh ustaz2. Demo kata baca banyak2 dulu baru buat pilihan. sekarang baru jelas yg syiah byk sgt auta..puak2 tajdid ni pun sama, tok guru mrk ok je,tp mrk yg lebih

Ustazah Zunaidah said...

Betul tu ustaz..kena cari ilmu banyak2 dulu. Masalahnya, kawan2/kenalan2 saya di UIA kebanyakannya kalau yg "terikat" dengan aliran "anti mazhab"(kalau sesuai duna)@ aliran "kaum muda", taknak dah g dengar yg pihak mempertahankan mazhab.

Saya dari BA lagi suka g dgr ceramah pelbagai latar, ada bwh PAS, UMNO (jarangla), JIM, ABIM, "kaum tua", "kaum muda"....dll. Lepas tu kita buatla analisa, fikir sebaik2nya.

ERM....yg larang baca Tafsir as-Sabuni tu kata penceramah tu "tok guru" dia yg larang, pesan to guru dia. Dia berguru dgn ustz "A" (bukan Asri). Dia yg bgtau dlm majlis tu.