Islamic Widget

PEMBACA

Thursday, November 5, 2009

PTPTN: Pesanan Penting!!!

Saya mempunyai dua urusan dengan PTPTN:
-Pertamanya berkaitan SSPN anak saya Ziyad Alhasani
-Kedua melangsaikan hutang PTPTN

Kes Pertama
Menyimpan di SSPN untuk masa depan anak ada faedahnya, mendapat pelepasan cukai (dengan had tertentu) dan sebagai pra-syarat untuk membolehkan anak mendapat pinjaman PTPTN apabila dia dewasa kelak. Bagaimanapun, hal yg kedua ini telah dimansuhkan.

Manakala hal yang pertama itulah yg membuatkan saya perlu berurusan dengan SSPN. Ceritanya begini....Suami saya telah mendepositkan sejumlah wang kedalam dalam akau SSPN Ziyad yang dibuka pada 9/10/2008.Menyedari bahawa pelepasan cukai pendapatan melalui SSPN dibenarkan, saya memohon kepada SSPN untuk menukar penama pendeposit. Selain itu, saya juga perlu menukar alamat yang diberikan sebelum ini kerana suami tersilap memberi alamat (pada nama jalan rumah sewa kami). Justeru saya terpaksa menelefon dan beremel dan untuk menukar alamat dan nama pendeposit. Malang sekali sehingga kini saya belum mendapat apa2 jawapan dan pengesahan melalui apa jua cara. Itu yg membuatkan saya sedih berurusan dengan badan ini. Sedih, terkilan, kecewa, geram,....macam2 perasaan menyelubungi saya terhadap badan ini. Sudah 4 bulan berlalu setelah saya memberi maklumat yg diperlukan, saya masih belum mendapat sebarang jawapan.

Kes Kedua
Sebenarnya semasa belajar Ijazah BA 2000-2004 saya mendapat biasiawa JPA. Tetapi sebelum itu saya mengikat perjanjian pinjaman PTPTN. Setelah mendapat biasiswa JPA, saya dan rakan2 yg lain membatalkan perjanjian dgn PTPTN.

Butiran pinjaman saya dan jumlah yg perlu saya bayar semula adalah seperti berikut:
Jumlah pinjaman: RM 9750 (untuk 3 semester pengajian)
Kos pentadbiran: RM 924.19
Jumlah yg perlu dibayar : RM 10 674.19
Tempoh pemulangan pinjaman: Jan 2006-Desember 2010.

Sebenarnya setelah membatalkan perjanjian, saya tidak mendapat surat dari PTPTN untuk memulangkan pinjaman. Berbanding rakan2 saya yg lain, hampir semua orang mendapat surat dr PTPTN. Justeru saya sendiri yg pergi melaporkan hal tersebut kepada PTPTN di Damansara Height.Dari laporan itulah saya kemudiannya mendapat surat berkenaan pembayaran pinjaman.

Semalam (4/11/2009) saya pergi ke PTPN di Damansara Height untuk melangsaikan kesemua hutang saya dengan PTPTN. Apabila sampai di kaunter, tiada seorang pun kakitangan yg ada. Tetapi saya boleh nampak kakitangan ada di dalam pejabat mereka yang luas itu melalui cermin tingkap. Setelah hampir 10minit tertunggu-tunggu, kelihatan seorang lelaki datang. Saya tidak pasti dia pelanggan atau kakitangan, jadi saya hanya bertanyakannya setelah pasti dia adalah staf apabila dia mahu masuk ke ruang pejabat. Alangkah baik dan sopan jika dia yg tanyakan saya terlebih dahulu tentang tujuan saya. Saya yg terpaksa membuka mulut dahulu menegurnya.

Dia staf pertama yg saya huraikan kes saya. Apabila dia masuk kedalam untuk cetak penyata yg saya minta, datang staf kedua. Staf kedua memberitahu saya sepatutnya membuat urusan ini di pejabat mereka di KL Sentral. Tetapi disebabkan saya sudah datang kesitu, tidak mengapa katanya. Staf itu kemudiannya mencetak penyata yg saya pinta. Apabila saya ingin bertanya selanjutnya tentang butiran akaun penyata tersebut, dia berkata dia perlu memanggil akauntan untuk menjawabnya. Saya terpaksa menuggu akauntan tersebut. Akauntan tersebut staf yg ketiga saya perlu berurusan untuk mengetahui secara terperinci tentang penyata. Sambil itu, saya sendiri telah membuat kira2 berdasarkan penyata tadi untuk memastikan saya tidak perlu membayar lebih daripada yg sepatutnya.

Setelah berpuas hati dengan kiraan saya sendiri, saya bertanya pula kepada akauntan tersebut tentang caj perkhidmatan yg telah diturunkan drpd 3% kepada 1%. Katanya mereka membuat pulangan bayaran lebih setelah mengambil kira 1% caj tersebut secara berperingkat. Semua orang yg membuat pinjaman dengan PTPTN layak mendapat diskaun tersebut kecuali 3 golongan:
  1. Orang yg namanya telah disenarai-hitamkan oleh PTPTN
  2. Org yg diberi surat saman
  3. Orang yg mempunyai bayaran tertunggak
Saya tidak pasti saya akan mendapat diskaun 1% itu atau tidak kerana saya telah melangsaikan hutang saya atas kiraan caj 3%.

Selepas diberi keterangan saya mula mengeluarkan wang tunai untuk membayar hutang baki terakhir iaitu sebanyak RM4, 049.66. Namun alangkah terkejutnya saya apabila pegawai (staf ke-3) tersebut meminta saya membuat urusan di KL Sentral.

Saya, suami dan bayi Zuhair bergegas ke KL Sentral. Bukan senang juga nak cari pejabat PTPTN disitu. Alhamdulillah, dengan izin Allah berjumpa juga akhirnya.

Saya adalah orang yg terakhir berurusan disitu melangkaui jam 5petang. Hati saya menjadi tenteram kembali kerana dapat berurusan dengan staf perempuan yg manis bicara walaupun tidak memakai tudung kepala.

Saya menunjukkan penyata yg saya dapat dr PTPTN di Wisma Chase Perdana tadi. Namun, katanya dia perlu cetak semula jumlah yg sah hutang saya. Tunggulah lagi....

Apabila mendapat surat penyata tersebut, alangkah terkejutnya saya kerana terdapat perbezaan antara penyata pertama yg ada pada saya dengan penyata yg diberikannya. Jumlah pinjaman yg terakhir yg perlu saya bayar ialah RM 4, 127.38. Jadi berapa bezanya dengan yg pertama???? RM 77.72.

Saya lantas bertanya: "Kenapa terdapat perbezaan? Dalam penyata yg pertama yg saya dapat drpd akauntan di Wisma Chase, baki terakhir yg perlu saya bayar ialah RM 4, 049.66, sedangkan penyata ini berbeza". Kemudian saya diberitahu perbezaan berlaku kemungkinan kerana insuran yg perlu dibayar (RM 64.84) dan bakinya Kos pentadbiran.

Kos pentadbiran lagi? Insuran lagi? Setahu saya kos pentadbiran bulan 10 telah pun dikenakan. Adakah RM 12 lebih itu kos pentadbiran saya untuk bulan 11 walaupun saya membayar pada awal bulan (4/11?), hanya 4hari, saya dikenakan kos pentadbiran 3%? Sedangkan saya difahamkan perlu membayar sebelum 15hb setiap awal bulan kerana selepas itu pelarasan akan dilakukan dan ketika itulah caj pentadbiran diambil kira. Adakah saya salah faham?

Setelah lama berdiskusi dengan kakak itu, dia akhirnya memberi jawapan kepada saya bahawa terpulang kepada saya untuk membayar jumlah yg pertama ( RM 4, 049.66) atau jumlah yg kedua. Saya mengambil keputusan untuk membayar jumlah yg pertama seperti yg tertera dalam penyata pertama dan dalam sms yg saya dapat sebelum saya ke Wisma Chase. Semua itu saya lakukan untuk memastikan saya tidak berlebih/berkurang bayar.

Manakala surat pelepasan/penyelesaian hutang pula akan saya dapat dalam tempoh 3minggu daripada urusan saya semalam. Jika saya mendapat diskaun caj pentadbiran, PTPTN akan memulangkan wang lebihan dalam kiriman cek setelah tiba masanya nanti, mengikut giliran...mungkin selepas 2@3@4@5......10 tahun!!!!!

2 comments:

Unknown said...

eish..
ter0k betol ptptn ni..
-.-"

Anonymous said...

assalam..saja baru saja dapat biasiswa jpa untuk ijazah saya tahun pertama 2013.. saya ada pinjam PTPTN.. than bagaimana saya nk memulangkan semula duit tersebut? bole saya tau yg ''kawan2 awak dapat surat dari ptptn tp awak saja yg tak dapat'' tu..sebelum tu mcm mana proses nk bg tahu ptptn yg saya mahu pulang duit?