Islamic Widget

PEMBACA

Wednesday, November 18, 2009

CIRIT SELEPAS SEMBELIT

Setiap bulan berjumpa doktor untuk merawat Zuhair sudah menjadi kemestiam. Selepas mengalami masalah sembelit, kini dia mengalami masalah cirit. Punca sebenar masalah ini tidak diketahui. Boleh jadi kerana minum sebotol susu pramatang "MamexGold" sehari sebelum cirit-birit. Boleh jadi kerana aspek kebersihan. Boleh jadi kerana perubahan cuaca atau umur...

Enam hari cirit dan setiap hari hampir 5kali. Semalam kami membawa Zuhair berjumpa Dr.Shanti di Poliklinik Aman, doktor meminta saya agar tidak minum sebarang "milk-based product"(dairy products). Doktor hanya memberikan 3 paket "garam" untuk membantu menangani masalah dehidrasi. Namun setelah memberinya garam itu yang telah dibancuh bersama air suam sebanyak 100ml, ternyata Zuhair hanya menghisap seteguk-dua sahaja. Dia memang tak tahu atau tak mahu hisap botol.

Soalnya kenapa saya perlu puasa susu? Sedangkan para doktor dan wanita-wanita lain selalu mengesyorkan saya minum susu banyak untuk tambah susu badan. Soalan lazim yang ditanya apabila saya memberitahu saya mengalami masalah kurang susu ialah:"Awak minum susu tak?".
Kini, Dr. Shanti memberikan jawapan bahawa dia tiada petua apa2 untuk diberikan untuk saya memperbanyakkan susu badan. Tak perlu minum susu, tak perlu makan pil....Yang penting baby hisap susu badan dan proses stimulasi penting dalam penghasilan susu. Namun apakan daya, hampir 16jam sehari saya bertempek denga Zuhair yang selalu menghisap susu. Sudah tentulah berlaku proses stimulasi tetapi kuantiti susu tetap sama.

Ya Allah, andai ini ujian buatku, kurniakan aku kekuatan untuk menghadapinya dengan penuh kesabaran dan keinsafan .Ternyata apa yang berlaku dengan IzinMu jua...Ya Rabb

1 comment:

abdullahbukhari said...

Itulah dugaan ibu ayah,pengalaman sendiri,anak sulung dah 9 tahun, second 7,third 5...bila lalui sendiri pahit perit jaga anak2,baru faham kenapa Allah letak birr al-walidayn lps syirik dan kenapa 'uquq al-walidayn masuk bawah al-mubiqat dlm hadith..

Cerita dairy product bagi org yg cirit birit memang biasa..garam tu dipanggil oralite,guna utk ganti garam yg keluar,kalau kita masih minum susu,lapisan lemaka pada susu akan menghalang penyerapan garam yg dah terlebih keluar dr badan,kalau garam itu tak diganti,kita akn dehydrated, tekanan darah akan drop..
Ramadahan lepas ana kena cirit birit sampai 3 hari,air dok keluar tak diganti krn puasa,malam ketiga ana pengsan dlm tandas,isteri bawa ke hospital, dr masuk air 2 botol,lps pengsan ana cek daraha cuma 70/50...sikit lagi..boleh padam..
Next time kalau budak2 tak mahu minum air garam tu, bolh juga try 100 plus kerana kandungan garam dlmnya sama spt oralite,cuma gulanya lebih sikit, sebab itulah org yg berpeluh bersukan digalak minum isotonik mcm 100 plus ke revive ke krn nak ganti missing salt tulah..
apa-apa hal pun syafahullah..sekadar berkongsi pengalaman