Islamic Widget

PEMBACA

Monday, November 2, 2009

DR ASRI DI TAHAN???

Belumpun sempat saya memahami tentang dakwaan Dr.Asri yang juga kolumnis akhbar Utusan Malaysia bahawa beliau difitnah dalam memorandum oleh NGO Islam (PPSM), hari ini saya dikejutkan pula dgn berita penahan beliau oleh JAIS ketika menyampaikan ceramah di UKAY PERDANA.

Semalam saya mencari warkah memorandum itu dalam lmn web yang dinyatakan tetapi tidak ketemu.

Saya benar2 inginkan penjelasan samada daripada pihak Persatuan Peguam Syarie Malaysia mahupun daripada Dr.Asri Zainal Abidin sendiri.

Hari ini pula saya tertanya-tanya justifikasi penahanan beliau. Adakah benar beliau menyebarkan fahaman wahabi atau salafi seperti yang sering dikaitkan dengan beliau? Atau adakah beliau ditangkap kerana memberi ceramah tanpa tauliah?Adakah kerana tanpa permit? Soalan2 ini berlegar-legar dalam fikiran saya.


Siapa Dr.Asri pada kacamata saya.
Saya bukanlah pengikut dr.asri kerana sebagai seorang ahli akademik sebolehnya saya membuat penilaian secara ilmiah. Apa yang pasti saya selalu mengikuti perkembangan beliau dan nukilan-nukilan beliau di utusan malaysia, majalah-i, dan sebagainya.


Sebenarnya saya mengenali beliau sejak zaman saya belajar ijazah sarjana muda lagi iaitu kira-kira antara 2001-2004. Ketika itu beliau merupakan pelajar phd quran dan sunnah, sama jabatan dgn saya. Ketika majlis konvokesyen 2004, beliau diijazahkan phd dan saya sarjana muda dalam bidang hadis.

Ketika itu saya selalu mengikuti ceramah2 beliau di Uiam terutamanya kelas hadis yang menggunakan kitab karangan imam Nawawi. Mungkin kerana kepetahan bicara beliau menyebabkan saya tertarik dengan ceramah2nya. Almaklumlah kebanyakan orang2 utara termasuk Dr Mashitah, Ustazah Bahiyah dan Dr.Asri punyai daya tarikan tersendiri dalam berceramah.

Masih ingat lagi ketika di perpustakaan beliau memberi panduan mudah untuk saya menggunakan opac ketika saya mencari buku untuk assignment.

Beliau juga merupakan pensyarah sambilan di jabatan kami ketika itu, tetapi saya bukanlah pelajar formal beliau.

Analisa saya
Saya tidak mahu dan tidak boleh menge"cop" Dr.Asri sebagai orang Wahabi@Salafi kerana saya tidak punya bukti yang kukuh dan Dr sendiri tidakpun mengisytiharkannya.

Tetapi saya mempunyai beberapa kenalan yang dikatakan berfahaman Wahabi @ Salafi (kalaulah betul nama ini sesuai utk mereka.) Kebanyakan mereka adalah kenalan2 saya dalam bidang hadis di UIAM.
Saya pun hairan kenapa pelajar2 dalam bidang hadis dan bidang lain spt ekonomi , engineering begitu cenderung kepada aliran yang dikatakan Wahabi atau Salafi ini. Mungkin kerana ia mudah.
Saya akui fikrah aliran ini agak mudah dan senang untuk difahami kerana hujah2 dan dalil2 mereka secara langsung dari Al-Quran dan Sunnah. Tak perlu bljr tasawwuf, mantik falsafah dn sebagainya.

Di dalam kelas mereka dengan berani dan lantang mengkritik hujah2 pensyarah dengan hujah2 mereka dengan dalil2 daripada Al-Quran dan Hadis. Dimana2 majlis ilmu, aliran ini memang berani menegakkan fahaman mereka. Saya tidak mengatakan apa yang mereka lakukan itu salah. Saya tidak menafikan "pendemokrasian dan kebebasan" berfikir dan berhujah. Yang menjadi masalahnya adalah adab kebanyakan mereka ketika berhujah; penuh emosi!!! (Tidak semua tapi sebahagian besar).

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.>>>>>

MUHASABAH

Sambil menulis di blog ini, saya juga membaca Harakah online. Penahanan Dr.Asri tiada justifikasi yg jelas. Yang menariknya ialah orang2 yang datang memberi sokongan kepada beliau terdiri daripada pelbagai aliran fahaman dan ideologi. Ada org2 PAS, PKR, Menteri (baca UMNO), dan SISTER IN ISLAM!! Kelihatan beliau berjaya merealisasikan aspirasi 1Malaysia walaupun org2 yg hadir itu adalah org2 Melayu beragama Islam.

Turut kelihatan di pekarangan mahkamah yang memberikan sokongan kepada beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Hj Ghazali, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, Marina Mahathir dan Zainah Anwar (SIS).
(Petikan HARAKAH ONLINE)

Itulah kehebatan Dr.Asri, hujah dan kritikan beliau menjadi sumber rujukan dan sandaran siapa sahaja samada PAS, UMNO, SIS dll.

Namun sebagai pemerhati dari luar, saya amat berharap semua pihak bermuhasabah.

  • Bermuhasabahlah JAIS atas tindakan anda yang dikatakan tidak professional.
  • Bermuhasabahlah PAS dan UMNO ketika anda mengambil hujah2 Dr.Asri dalam dunia politik.
  • Bermuhasabahlah SIS terhadap pendirian anda tentang ajaran Islam dan kedudukan Sunnah sebagai sumber hukum. Ingatlah anda bahawa orang yg anda sokong itu adalah orang yg memiliki PHD dalam bidang Hadis.
  • Bermuhasabahlah kita semua terhadap setiap kejadian....
Dan yang terakhir titipan saya buat Dr.Asri sebagai muhasabah untuk beliau......

Dr.Asri,
Saya sering mendengar fikrah2 Dr samada dalam ceramah2, forum2 (antaranya Forum Tajdid dan debat dengan Astora Jabat), tulisan2 Dr dalam Utusan Malaysia dan majalah2 dan lain2 suratkhabar dan sebagainya...

Dr. dikurniakan Ilahi kepetahan berbicara dan berhujah serta berani kehadapan. Tidak semua orang yg petah dan pandai berbicara berani kehadapan.

Tetapi saya amat mengharap Dr bermuhasabah terhadap "tuduhan2" dan "fitnah2" orang2 terhadap Dr. Bak kata "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang"...memanglah tanpa angin pokok boleh bergoyang, tak semestinya dengan angin....fikirlah Dr kerana ramai orang mengambil hujah2 Dr untuk dijadikan bahan sandaran mahupun kritikan.

Mungkin sedar atau tidak, adakala hujah2 Dr mengguris perasaan orang2 tertentu...Seperti apa yang berlaku kpd sahabat saya yg baru mengenali Dr suatu ketika di UIAM. Beliau hadir ke ceramah DR. Katanya pertama kali dia hadir, berderai airmatanya kerana mendengar ceramah@kuliyah Dr. Saya sangkakan kerana kuliah Dr benar2 menyentuh hatinya untuk insaf atau apa2 saja yang positif. Bila saya tanya kenapa dia menangis? Katanya dia menangis kerana tidak tahan telinga mendengar hujah2 Dr yang seolah-olah menjatuhkan kredibiliti ulama2 terutamanya ulama2 silam terutamanya Imam Syafie. Saya tidak mengiyakan atau menidakkan apa yg diperkatakannya. Tetapi kerna dia seorang yg "thiqah", suka hadir kemajlis2 ilmu, pelajar MA dalam bidang Hadis (kini pensyarah dalam bidang Hadis di salah sebuah IPTA), dan tidak suka mengumpat orang; membuatkan saya terfikir "adakah dia dan orang2 lain yang mempertikaikan pendirian Dr terhadap iktiqad Ahlu Sunnah wa Al-jamaah dan ulama2 klasik@Kaum Tua" salah faham terhadap kenyataan2 dan hujah2 Dr???

Saya tunggu jawapannya untuk muhasabah diri saya sendiri......


2 comments:

abdullahbukhari said...

Memang susah dalam kes Asri ni,ana selalu follow column dia dlm Utusan,saya kdg2 admire keberaniannya kritik PM(letak bunga di tugu),kritik raja. Semua itu tak mampu dibuat oleh tokoh lain. Cara berfikirnya juga agak kreatif & di luar kotak. Cuma yg amat ketara,kegopohannya sbg org muda memang ketara,ramai yg tersinggung. Macam dia kritik Syeikh al-Banjari ttg hadith musalsal dahulu hanya berdasar hear say org,sdgkan sbg org yg belajar hadith,hear say tak boleh digunapakai sama sekali..Kirim salam kat abe deh!

Ustazah Zunaidah said...

Saya selalu juga hadir majlis2 DR Asri begitu juga majlis2 Syeikh Nuruddin al-Banjari. Saya ada penilaian saya tersendiri terhadap kedua2 mereka. Tak perlu lah dikupas disini.

-Apa yg pasti Syeikh Nuruddin (mewakili "kaum tua") org yg amat sesuai untuk berdebat dengan Dr.Asri (mewakili "kaum Muda").Apa salahnya debat ilmiah. Supaya lepas ni tidak berlaku kontroversi lg.

-Bagus berfikir diluar kotak, tapi saya cuma hairan kenapa terlalu fokus kpd masalah2 mcmni.Siapa sebenarnya musuh Islam? Nabi sendiri pun tidak mengambil sikap "berkonfrantasi" terhadap org2 munafiq kerana mereka masih Islam bukan?Bagi Nabi dan para Salaf, musuh sebenar mereka ialah golongan2 penentang dakwah Islam dan rukun2 Islam dan Iman...

-Susah juga kalau mendalami hadis tanpa fiqh. Saya tak tujukan kepada sesiapa tapi itu hakikat yg berlaku kpd kenalan2 yg hanya membezakan antara warna hitam dan putih, dah tak nampak warna-warni yg lain...(peringatan buat saya juga kerana saya belajar hadis)

-Wassalam.